Rutin harian Sean Lee, bangun 5pagi, tunai solat subuh sebelum pergi kerja

5,605 views

Antara selebriti bukan Melayu yang popular di kalangan penonton Bahasa melayu di Malaysia iaitu pelakon serta pengacara berbangsa Cina bernama Sean Lee. 

Semalam ada satu posting dari Sean Lee yang buat ramai rasa kagum dengannya yang mana jejaka berumur 28 tahun ini ada menunjukkan rutin hariannya. 

Antara rutin yang dilakukan ialah Sean Lee turut mengerjakan solat Subuh. 

Sean lee menulis dan mendedahkan bahawa dia memang bangun awal pagi, sebelum jam 6 pagi, untuk mengerjakan solat Subuh. 

Walapun belum lagi convert mahupun bergelar sebagai Muslim, Sean Lee tetap bangun pagi dan mengamalkan amalan berkenaan. 

“Saya baru balik kerja, dan esok kena bangun awal pagi lagi. Dalam jam satu pagi, saya sampai rumah. Lebih kurang jam tiga pagi, baru dapat tidur lena. Jam 552 pagi pula, saya buat solat subuh, tiber. Kemudian jam tujuh pagi, saya dah mula pergi bekerja.” 

Rutin dari Sean Lee ini ternyata patut jadi inspirasi kepada semua muslim dan juga muslimah yang seringkali terlena di buai mimpi dan tertinggal solat subuh. 

Sedikit info tentang pelakon berumur 28 tahun ini, Sean Lee mula terkenal dengan beberapa drama seperti My Coffe Prince berlakon bersama Janna Nick dan Fattah Amin, dan Sweet Dream berlakon bersama Mira Filzah dan juga Ben Amir. 

Antara drama lain ialah seperti 7 Hari Mencintaiku, The Maid dan juga drama bersiri The Hotel. 

Kalau nak tahu, Sean Lee juga merupakan selebriti yang menjadi voice over untuk watak anjing bernama Waffles dalam filem hollywood DC League of Super Pets. 

Sean Lee juga merupakan pengacara untuk beberapa program seperti Mbuzz, I Can See Your Voice Malaysia dan juga Gempak Most Wanted.