Peminat kata comel baby bump, rupanya ini respon Mizz Nina

12,983 views

Penyanyi yang pernah sampai ke level antarabangsa iaitu Mizz Nina telah mencetuskan spekulasi baru-baru ini disebabkan hanya kerana sekeping gambar.

Ada para peminat setianya di laman media yang ingatkan penyanyi berkenaan sedang berbadan dua.

Ini setelah Mizz Nina upload satu foto di instagram yang memperlihatkan seakan bentuk baby bump di bahagian perutnya.

Ini komen dari salah seorang follower Mizz Nina: “Wah dah nampak baby bump. Comel betul. Tahniah kepda Mizz Nina dan juga suami, Noh Hujan”.

Namun begitu Mizz Nina yang kini sudah masuk ke usia 40 tahun, tampil memberi komen balas yang memberitahu sebenarnya dirinya taka da pun mengandung, ianya salah sangka sahaja, kerana baju itu memperlihatkan seakan berbadan dua.

Ini tulis Mizz Nina menjelaskan keadaan: “Sebenarnya belum mengandung lagi, Insya-Allah kalau diizinkan olehnya”.

Apapun, Mizz Nina sempat mengucapkan terima kasih kepada para followernya yang sentiasa memberikan doa agar dirinya hamil.

“Kepada semua, terima kasih di atas ucapan semua. By the way, saya masih lagi belum mengandung lagi buat masa ni, apapun amin kepada semua doa-doa kalian. Maybe sekarang ni saya perlu turunkan lah berat badan saya ni”

Itulah jawapan Mizz Nina yang sempat bergurau dengan peminatnya.

Diilihat dari gambar yang diupload oleh Mizz Nina, penyanyi ini memakai baju kurung berwarna biru cair yang cantik sekali keluaran Mizz Nina sendiri.

Digambar itu, rata-rata peminatnya terus memberi ucapan tahniah kepada Mizz Nina dan suami kerana ingatkan ada baby bump.

Untuk info, Mizz Nina dan penyanyi dari kumpulan Hujan, Noh telah bernikah pada tarikh 1 Julai tahun 2011. Sehingga kini walaupun dah hampir 9 tahun berkahwin, namun pasangan ini masih belum lagi ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Namun sentiasa para peminat dan followernya menitipkan doa agar pasangan ini akan dapat anak kelak.