Tony Stark Malaysia itulah nama timangan yang diberi kepada Sham Visa salah seorang peserta gegar Vaganza musim keenam. Peneyrtaan Sham Visa kali ini telah melonjakkan namannya dan menjadi viral kerana auranya yang dilabel sebagai Ironman.
Sham Visa kini telah kembali mewarnai indusitri seni tanah air dan masih lagi bersaing dalam program GV musim ke6. Ini setelah Sham Visa hilang dari dunia nyanyian untuk memberi focus dan menyara keluarganya.
Selepas berbelas tahun hilang dari radar, untuk comeback nya kali ini menerusi GV6, Sham mendedahkan isteri dan anak-anak telah memberikan sokongan yang total buatnya agar dapat buat yang sehabis baik di rancangan yang popular itu.
Anak serta isteri menjadi tunjang kekuatan buat Sham Visa untuk terus berjuang selain pihak pengurusannya dan tak lupa juga pada para peminat yang banyak beri songan padu kepada Sham.
Melihat perjuangan bapanya di GV6, salah seorang anak lelaki Sham ada menulis satu pendedahan, kenapa ayahnya itu hilang berbelas tahun lamanya.
Dedah Shakir Zafran, Sham telah sanggup meninggalkan dunia hiburan iaitu perkara yang amat dicintai demi mencari rezeki untuk keluarga tersayang. Bak kata pepatah, family first.
“He gave his career away to raise me. He gave away the thing he loved the most in his life to make way for me. The sacrifices people make for others get looked over way too often. I appreciate you daddy. I love you more than words can describe. Thank you for everything.
Dalam pada itu, Sham Visa turut memuatnaik tulisan anaknya itu dengan berkata bahawa di saying anaknya. “I love you son” tulis Sham Visa ringkas.
Untuk recap semula, Sham Visa akan mendapat task untuk menyanyikan lagu Terima Kasih Cinta lagu popular oleh penyanyi seberang, Afgan.