Saya beranak bukan nak bagi orang, Adira pertahan hak jagaan anak

3,221 views

Adira kini dalam proses untuk berpisah dengan suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu. Namun jika ditakdirkan berpisah, Adira akan terus pertahankan hak penjagaan ketiga-tiga orang anaknya bersama suaminya itu.

Penyanyi berasal dari Sabah ini menyatakan, walaupun dia tegas nak hak jaga anak, tetapi dia tak akan pisahkan hubungan antara anak mereka dengan Datuk Seri Adnan Abu, yang lebih dikenali dengan nama Dato Red.

“Saya tidak pernah pun tinggalkan anak walau satu malam. Oleh itu soal hak penjagaan anak itu mestilah jatuh kepada saya.

“Sy beranak bukan nak bagi orang, apa pun yang berlaku, saya akan mempertahankan hak jagaan anak berkenaan. Lagipun mereka semua pun masih menyusu badan saya.

“Namun begitu, saya takda niat nak memisahkan anak dengan bapa mereka dan saya tak akan halang mereka utk jumpa”

Dalam pada itu, Adira tak mahu berbicara apabila ditanya jika dia masih tinggal sebumbung dengan Datuk Seri Adnan Abu. Kata penyanyi berumur 28 tahun ini, dia masih menghormati Datuk Seri Adnan Abu yang masih suaminya ketika ini.

“Tentang hal berkenaan, saya tidak boleh nak cakap banyak sebab apa-apa saja boleh terjadi dan benda pun masih dalam proses.

“Yang pasti, saya tidak pernah nak halang dia dari jumpa anak kami. Kini Datuk Seri Adnan Abu masih lagi bergelar suami, oleh itu tidak semestinya bila dah nak bercerai, saya tidak boleh nak hormat dia.

“Apapun saya tetap dengan pendirian dan saya tak nak perselisihan. Dengan itu saya tak nak buka cerita. Diharapkan semuanya berjalan lancar”

Kes Adira dan Datuk Seri Adnan Abu jadi viral apabila penyanyi ini telah buat permohonan perpisahan di mahkamah pada bulan Oktober yang lepas.

Diimbas kembali, Adira bernikah secara dian-diam dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Isteri pertama Dato Red masih lagi bersamanya di saat ini.