Perangai aneh, Luna Maya suka nikmati bau kentut sendiri

2,287 views

Artis atau selebriti pun manusia biasa saja. Kalau dah manusia tu memang lah ada perangai atau sikap pelik yang ramai tak tau.

Selalunya sikap atau perangai pelik ni, orang akan simpan untuk diri sendiri, dan hanya keluarga atau yang benar-benar rapat je tahu.

Walau bagaimanapun, pelakon popular negara seberang Indonesia, iaitu Luna Maya buat satu pendedahan secara umum tentang satu perangai peliknya.

Luna Maya secara terbuka dan tak malu nak mengakui bahawa dia amat suka dengan bau kentutnya sendiri. Amacam pelik bukan. Memang jarang orang buka cerita macam ni.

Hal ini menjadi viral di negara seberang itu ketika ini. Cerita tentang hal kentut itu didedahkan oleh Luna Maya ketika temubual dari satu video.

Video berkenaan telah diupload di saluran media sosial milik Luna Maya lantas ianya sedang hangat dperkatakan ketika ini.

Dari video berkenaan, seorang rakannya iaitu Boy William menjawab soalan yang agak peribadi darip Luna dan mendedahkan sebenarnya dia suka cium bau kentut sendiri. Tanap diduga, hal itu turut diakui oleh Luna Maya bahawa dia juga suka bau kentutnya sendiri.

Memang suka, semua orang suka bau kentut sendiri, memang enak ya, Pernah ketika sangkut di jalan sesak, rasa sakit perut, jadi saya lepas angin sedikit“. Itulah sedikit perkongsian Luna.

Yang jadi lawaknya, Luna Maya sempat buat demo lagi. Dengan spontan, Luna terus tunjuk cara dia hidu dan buat muka teruja dengan bau kentutnya.

Gelagat pelakon berkenaan yang mana dia toleh belakang dan ambil bau kentutnya itu membuatkan kedua-dua mereka gelak sakan.

Lagi mengejutkan para penonton, Luna Maya juga akui ada sekali tu dia terkencing di tilam katil. Jelasnya, semasa hal itu terjadi, dia amat penat sebab kerja dan jadual yang terlalu padat.

Untuk info, Luna Maya pernah popular di Malaysia dan menjadi juri Maharaja Lawak Mega selama dua musim iaitu pada tahun 2013 dan juga tahun 2017. Selain itu Luna pernah berlakon filem Malaysia berjudul Tembus berganding dengan Aaron Aziz dan Fazura.