Zul Yahya kecewa, masih ramai cuba tegak perkara bathil

2,944 views

Satu kenyataan yang berani telah dibuat oleh bekas pelakon utama drama Pepaya iaitu Zul Yahya, yang mana beliau telah buat seruan agar rakan dan juga pekerja yang terlibat dalam bidang seni terutama di belakang tabir untuk pindah dan tinggalkan kerja mereka dalam bidang hiburan dan pergilah cari kerja lain yang lebih mendapat keberkatan daripada Allah.

Dek kerana kenyataan yang agar berani ini, ada pihak yang seakan kurang setuju dengan Zul Yahya. Dari beberapa respon balas, ada penerbit, pengarah dan rakan artis yang tak setuju dengan pelakon komedi berkenaan.

Sehinggakan ada antara netizen yang telah label Zul Yahya macam bagus dan rasa diri bagaikan seorang yang alim. Ada netizen menulis Zul boleh nak tegur atau ajak orang kea rah kebaikkan namun tak bagus untuk cakap rezeki seseorang itu berkat atau tidak.

Menjawab komen-komen yang sedemikian, Zul Yahya telah muatnaik beberapa entry di laman IG miliknya.

Zul Yahya yang kini sudah berumur 47 tahun akui amat terkilan sebab masih ada yang cuba tegakkan yang sudah jelas tidak betul dari segi agama.

Bagi Zul ini jelas menunjukkan bahawa sikap manusia di dunia ini sekarang umpama dah semakin tenat.

Ini komen Zul Yahya: “Masih ramai yang nak tegakkan yang bathil tetapi yang hak pula telah diketepikan. Ini memang dunia dah makin tenat. Pilihan ditangan kita dan takda sesapa yang boleh paksa pun. Kalau terasa umur akmu masih lagi panjang, teruskanlah dengan cara kamu. Jika rasa malaikat maut ziarah kamu 70 kali, maka berubahlah

Zul Yahya juga sempat memberi contoh kisah terlibat dengan kerja di tempat yang ada jual barang terlarang seperti minuman yang keras. Yang mana sebelum ni ada mufti menjelaskan haram jika bekerja secara terus seperti menjual di kaunter.

Dilihat ramai yang memberi kata semangat kepada Zul Yahya di laman Ig miliknya. Mereka berkata Zul sudah membuat kenyatan yang berani dan benar dan sudah jalankan tanggungjawab untuk menegur mereka semua.

Zul Yahya kini sudah berhenti terlibat dalam bidang hiburan dan meneruskan kehidupan dengan berniaga dan antaranya ialah kedai makan di Ipoh.