“Perpisahan dengan isteri membuatkan kesihatan terjejas.. Anak-anak setia tunggu”

15,775 views

Semua mengetahui kisah bekas ahli kumpulan Brothers iaitu Yasin Sulaiman, yang kini didakwa di mahkamah.

Setelah hadir ke mahkamah pagi tadi, akhirnya identity siapakah penyanyi yang ditahan polis diketahui secara umum.

Ketika di mahkamah, Yasin Sulaiman ada menyatakan dia sememangnya memerlukan rawatan disebabkan khuatir dengan keadaan kesihatannya yang dilihat menjadi semakin merosot.

“Kesihatan saya amat terjejas, saya risau bila-bila masa boleh jadigila. Ini pernah berlaku tiga kali sebelum ini. Jadi saya amat memerlukan ubatan tambahan.” Itu rayuan dari Yasin Sulaiman ketika prosiding di mahkamah.

Peguam yang mewakili Yasin iaitu Yusmadi Yusoff memberitahu, Yasin disahkan mempunyai bipolar pada tahun 2009 dan telahpun mendapatkan rawatan.

Sehingga kini, kali terakhir Yasin Sulaiman menerima rawatan ialah dua bulan lepas dan akan ada rawatan susulan.

“Saya meminta pegawai penyiasat dan mahkamah untuk membawa Yasin untuk mendapatkan rawatan segera. Yasin mempunyai hak menerima rawatan. Dengan keadaan dia yang tak biasa berada dalam tahanan lokap, saya bimbang dengan tahap kesihatannya.”

Peguam juga mendedahkan bahawa Yasin melalui fasa perpisahan dengan isteri yang membuatkan tahap kesihatannya melarat. Kini Yasin sentiasa mendapat sokongan dari family dan rakan rapat.

Ketika di mahkamah juga, family Yasin dan rakan rapat turut memberi sokongan kepada penyanyi ini. Ini termasuk juga abangnya bernama Zain Sulaiman dan akhbar, ahli kumpulan nasyid Brothers.

Kata Zain, abang kepada Yasin, anak-anak dah tahu keadaan Yasin, dan kini menunggu ayahnya untu pulang.

“Anak-anaknya amat kuat dan mereka tunggu kepulangan ayah mereka, Yasin. Saya berdoa agar Allah akan permudahkan urusannya.”

Yasin mempunyai dua orang anak berumur 17 tahun dan 12 tahun.

Peguam ada menyatakan bahawa rekod Yasin bersih selain dia banyak memberi inspirasi melalui karyanta, namun begitu, Yasin Sulaiman tidak dibenarkan diikat jamin.