Semalam, semua pun dah tahu tentang sesi live oleh Ustaz Ebit Lew yang diadakan khas sempena menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh individi Malaysia di Gaza iaitu Nadir Al Nuri dan juga penyanyi Caprice.
Hampir kesemua dakwaan telah ditepis dan dijawab oleh Ustaz Ebit Lew dan memang ramai yang berpuas hati dengan jawapan yang diberi.
Dalam sesi live berkenaan, ada satu soalan dari wartawan tentang duit yang digunakan oleh Ebit Lew. Untuk menjawab isu ini, akhirnya Ustaz Ebit Lew menceritakan dari mana sumber kewangannya. Ebit Lew menceritakan perniagaannya yang dijalankan olehnya.
Yang pertamanya, Ebit memberitahu dia ada membuka tiga buah restoren. Diketahui Ebit mempunyai kedai makan iaitu Paramount Coffe House dan juga telah masuk ke bidang motivasi.
“Saya ada buka restaurant, tiga buah, lima tahun lepas. Saya masuk dunia motivasi ni, sebelum ni kerja dengan Datuk Fadhilah Kamsah. Lepas tu saya buat training sendiri.”
Buat kem motivasi dan training ternyata memberi pulangan yang baik kepada ustaz Ebit Lew.
“Program training ni saya buat, contohnya satu kementerian, semua dari staff bawah sampailah staff atas. Lepas tu paling banyak saya dapat buat untuk kapal-kapal.”
“Saya juga buat untuk program keluarga dan anak-anak, saya charge murah-murah saja, RM90 satu kepala.”
IKLAN: SHOPEE SALE UNTUK WANITA (KLIK SINI)
“Memang saya ada buat ceramah free, tapi ada masa ada golongan professional nak ada dewan nak makan, jadi saya buat.”
“Program keluarga sunnah, contoh saya pernah buat kat Maeps, saya dapat lebih kurang 7 ribu orang. Kalau satu kepala dalam RM100 jadi dah RM700 ribu sehari, ni kasar.”
“Sebelum ada covid, saya ada program untuk kanak-kanak, kalau lihat, setiap hari bukan iklan saja terus sold out. Setiap negeri ada program.”
Tengok video penuh penerangan Ebit Lew ini di bawah.
IKLAN: SHOPEE SALE UNTUK WANITA (KLIK SINI)
Ebit juga memberitahu, dia juga ada membuka kedai pakaian sendiri dan sememang laku. Hasil duit yang dia dapat akhirnya dia buka perniagaan kedai runcit.
“Saya juga ada bukan butik baju. Masa mak saya hidup lagi. Baju saya pun, tak perlu iklan, ada orang iklan kan, baju saya habis. Itulah rezeki saya. Itulah yang saya guna untuk buka Elews Mart, kedai runcit.”
Syukur Alhamdulillah rezeki yang melimpah ruah buat Ustaz Ebit Lew yang jelas dan ternyata banyak menyumbang kepada rakyat serta mereka yang memerlukan, semoga usaha Ebit akan dipermudahkan, amin.