Penjelasan Baby Shima minum guna botol susu

7,398 views

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi popular, Baby Shima yang selalu saja terpalit dengan pelbagai isu. 

Kali ini satu lagi isu telah tercetus kerana video terbaru yang dimuatnaik oleh penyanyi berumur 30 tahun ini. 

Baby Shima telah mencetuskan pelbagai reaksi setelah muatnaik satu video sedang menikmati minuman menggunakan botol susu. 

Baby Shima dilihat membeli botol susu yang mengandungi yogurt dan kemudian meminumnya sambil membuat video. 

Dari caption Baby Shima menulis bahawa dia penat dan mahu minum. 

“Penat jalan, rehat kejaplah, haus. Nak hisap susu lah.” 

“Guy nampak dari jauh ni, macam comel je, dia ada banyak jenis, comelnya.” 

Namun begitu, banyak komen yang agak kurang baik ditulis di ruang komen di video Baby Shima itu. 

Antaranya ialah ada yang mempersoalkan mengapa perlu tunjuk sedang minum menggunakan botol susu seperti itu. 

Namun ada juga komen yang bertanya dan berminat edngan botol susu itu. 

Menjawab isu yang timbul, Baby Shima agak pelik bagaimana isu berkenaan boleh terjadi. 

Dari laporan portal BH Online dan juga Gempak, Baby Shima berkata, dia hanya mahu tunjuk air di dalam botol itu yang baginya amat unik sekali, itu saja.  

“Eh, jadi isu, jadi kontroversi? Video ini hanya memaparkan saya sedang tunjuk kepada para peminat saya, yang mana botol air itu teramatlah unik. Itu sahaja, tidak lebih dari itu pun.” 

Baby Shima hanya mahu memperkenalkan kepada peminatnya tentang wujudnya botol air susu yang amat rare itu.  

Penyanyi ini kemudian berkata dia tak mahu bercakap lebih lanjut tentang video botol susu itu. 

Tentang perkembangan kerjaya seninya, Baby Shima akan muncul dalam satu konsert pada bulan Ogos nanti. 

Konsert itu menampilkan Baby Shima dengan beberapa penyanyi lain seperti Ani Mayuni dan juga beberapa lagi penyanyi genre dangdut dari negara jiran, Indonesia.