Peserta Maharaja Lawak Mega, Kamal Chilok koma

4,237 views

Salah seorang pelawak yang pernah menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega telah terlibat dalam satu nahas semalam. Kamal yang merupakan salah seorang ahli kepada kumpulan pelawak Chilok disahkan telah terlibat dalam satu nahas jalan raya di Putrajaya kira-kira pukul 2 petang, hari Khamis.

Satu kenyataan telah dibuat oleh Chiwan, salah seorang ahli Chilok yang mengatakan, Kamal telah alami kecederraan dan kini masih lagi belum sedarkan diri.

Katanya, ketika nahas itu berlaku, Kamal sedang memandu kenderaan sendirian dan bertembung  dengan sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV). Kemudiannta Kamal dah tak sedarkan diri selepas kemalangan itu.

Ini komen Chiwan Chilok: “Kamal dibawa ke Hospital Putrajaya dan pihak doktor dah buat pemeriksaan, dia mengalami patah bahu, kaki dan pendarahan di bahagia kepala. Ketika ini dia masih koma”

Pihak pegawai perubatan memberitahu jika Kamal perlu pembedahan dalam masa terdekat, Kamal kena dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Nahas itu berlaku selepas Kamal pergi hantar tempahan makanan seorang pelanggan dan kemudian dia dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kamal ada buat perniagaan patin tempoyak secara ‘cash on delivery’ bermula awal tahun lalu. Namun nasib tak menyebelahinya apabila terlibat dalam kejadian itu ketika hendak pulang dari Putrajaya ke rumahnya di Sepang.

Ini komen Chiwan lagi: “Saya tak pasti bagai mana eksiden tu terjadi dan apabila tahu berita eksiden itu, kita terus ke hospital. Minta semua peminat doak Kamal sedar seperti sedia kala dan kesihatannya bbaik sahaja.”

Sebelum ini, Kamal sertai kumpulan diberi nama Kroni dalam Muzikal Lawak Superstar (MLS) dianggotai oleh Achok Cilok, Kamal Chilok dan Wani Kayrie.

Kamal merupakan anggota kumpulan Chilok yang menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada tahun 2016 dan juga tahun 2018.

Pada bulan Januari 2019 yang lalu, Kamal baru sahaja mendirikan rumah tangga.