Peserta Maharaja Lawak Mega, Kamal Chilok sudah pergi selamanya

5,997 views

Satu berita yang agak mendukacitakan berlaku pada hari ini. Telah disahkan bahawa pelawak kumpulan Chilok, Mohd Kamal Shah Saharuddin, atau nama gelarannya, Kamal Sumbu kini sudah tiada lagi. Beliau disahkan meninggal dunia sekitar jam 4.40 petang di Hospital Putrajaya, pada hari ini.

Menurut saudaranya, dikatakan Kamal telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya akibat dari komplikasi daripada kemalangan yang dialaminya.

Pelawak yang juga peserta Maharaja Lawak Mega pada tahun 2018, telah alami pendarrahan di bahagian kepala, pataah di bahagian bahu dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya pada jam 2 petang semalam.

Ketika kejadian itu, Allahyarham sedang dalam perjalanan hendak pulang ke rumah selepas membuat penghantaran makanan pesanan patin tempoyak. Kamal telah mula berniaga makanan ikan patin dan dibuat secara online. Ketika itu, dia pergi baru sahaja selesai COD denagn seorang pelanggannya. Namun dalam perjalanan pulang, kenderaannya terlibat dalam satu kemalangann.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada esok hari (Ahad).

Kamal mula dikenali selepas menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) pada 2016 dan 2018 dan menjadi naib juara Bintang Mencari Bintang pada 2014.

Lebih buat ramai sayu, Kamal telah meninggalkan seorang isteri dikenali Bea Zhari yang kini sedang mengandungkan anak sulung mereka. Mereka baru sahaja berkahwin pada tahun 2019.

Kamal, 30 tahun, sebelum ini telah menyertai kumpulan diberi nama Kroni dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar (MLS) dianggotai oleh Achok Cilok, Kamal Chilok dan penyanyi Wani Kayrie.

Allahyarham Kamal bersama kumpulan Chilok sepatutnya menyertai MLM 2019 yang akan bersiaran pada 1 November ini, namun kini dahpun pergi buat selamanya.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Kamal, sama-sama kita doakan buatnya. Al Fatihah.