Akhirnya memang sahlah bahawa pelakon Amar Syraf dah kahwin dua. Hari ini, isteri kedua Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry tampil buka cerita dan dahpun mengaku bahawa mereka berdua merupakan pasangan suami isteri.
Vivy Jeffry menyatakan bahawa dia hanya simpan rahsia itu untuk jaga nama baik Amar Syraf selain dia sedar dengan statusnya sebagai isteri kedua kepada pelakon berkenaan.
Tentang pendedahan dari Ellaika Azman, Vivy Jeffry menyatakan dengan jelas bahawa semuanya yang didedahkan adalah betul.
Ellaikan sebelum ini mendedahkan Amar Asyraf ada isteri kedua tetapi dia seperti telah abaikan tanggungjawabnya kepada isteri kedua itu.
Ini komen Vivy Jeffry: Sumber: mStar
Semalam, Ellika Azman buat pendedahan bahawa dia hampir kahwin dengan Amar Asyraf, namun rancangan itu berakhir selepas Ellaika akhirnya mengetahui Amar mempunyai dua orang isteri,
Sementara itu, Vivy Jeffry memberitahu, isteri pertama Amar iaitu Arna Salleh memang tahu tentang perkahwinan kedua Amar Asyraf.
Tetapi mereka berdua tak pernah pun bertemu dan Vivy Jeffry hanya berhubung dengan Arna melalui telefon saja.
Jelas Vivy Jeffry, keluarga dan hanya kawan rapat yang tahu tentang perkahwinan dirinya dengan Amar Asyraf itu.
Ini komen Vivy Jeffry: “Arna Salleh, isteri pertama Amar Asyraf dah tahu tentang perkahwinan kami tapi saya dan dia tidak pernah jumpa. Selama ini kami berdua hanya berhubung menerusi telefon saje.
“Selain kami bertiga, keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat saya turut dah tahu tentang semuanya. Saya faham dan sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua sebab itu saya pilih hanya diam diri saja selama ini”
Untuk pengetahuan Vivy Jeffry bekerja sebagai penerbit di sebuah stesen TV. Kita tunggu pula apa komen Amar Asyraf tentang pendedahan isteri keduanya itu.