Polis tahan suami kepada wanita yang dilarikan, punca sebab perselisihan dengan ahli sindiket

1,407 views

Pihak polis akhirnya memberi kenyataan tentang kes seorang wanita yang dilarikan sekumpulan lelaki baru-baru ini. 

Kejadian berlaku di Tumpat kelantan itu mendapat perhatian ramai setelah wanita berumur 36 tahun, Rosnazirah dilarikan di rumahnya di sebuah kampung di Wakaf Bharu. 

Hari ini, pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, mendedahkan bahawa hasil siastan awal, didapati suaminya mempunyai salah faham dengan ahli sindiket yang melarikan wanita berkenaan. 

Polis mengesahkan bahawa suami Rosnazirah mempunyai rekod sebelum ini dan telah pun ditahan, termasuk dua lagi individu lain. 

“Kes ini, dipercayai tak ada pembabitan pihak lain sebab hasil siasatan, kita percaya ianya berlaku kerana berlaku perselisihan antara ahli sindiket.” 

“Pihak polis dah meminta bantuan dari polis negara Thailand untuk menyelamatkan mangsa dan usaha berkenaan sedang giat dilakukan.” 

Ini pula kenyataan tentang suami kepada Rosnazirah. 

“Suami wanita tersebut bekerja sebagai nelayan namun mempunyai dua rekod lampau.” 

Selain itu tentang individu lain yang ditahan, salah seorangnay mempunyai tujuh rekod yang lalu. 

“Manakala seorang lagi lelaki yang ditahan dilihat mempunyai tujuh rekod sebelum ini. Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari.” 

Kejadian itu berlaku dalam lingkungan jam 5 petang yang mana Rosnazirah dilarikan sekumpulan lelaki menaiki kereta jenis Toyota Vios, nombor plat yang diguna disahkan nombor plsu. 

Ada saksi terlihat Rosnazirah dibawa naik bot menuju ke negara jiran Thailand. Keret Vios itu telah pun ditemui jam 10 malam. 

Polis percaya Rosnazirah sedar aktiviti yang dijalankan suaminya dan dia turut kenal dengan suspek yang melarikannya. 

“Kita yakin dan percaya wanita berkenaan kini dalam keadaan selamat. Apa yang berlaku adalah isu antara ahli sindiket dan mereka kenal satu sama lain.” 

“Sampai sekarang, family mangsa tak ada terima sebarang panggilan daripada mana-mana pihak.” 

Itulah perkembangan terkini kes Rosnazirah, seorang ejen jualan kosmetik yang dilarikan baru-baru ini.