Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ada datang ke konti Era FM untuk memperkenalkan lagu barunya.
Selebriti berumur 30 tahun ini kelihatan amat ceria dan begitu aktif ketika di konti bersama penyampai radio slot petang iaitu Hanif dan juga Ray.
Ketika satu detik, Ayda ada memberi hint bahawa dirinya kini dah pun hamil sekali lagi, dah berbadan dua.
Kalau ikutkan ini merupakan anak kedua Ayda Jebat.
Kenyataan secara spontan dari Ayda jebat membuatkan Hanif dan Ray kelihatan terkejut dan teruja.
“Know know dah ada anak, know know kini sudah ada lagu baru, know know sudah ada dua anak pula.”
Itu antara kata yang diungkapkan oleh Ayda Jebat di konti Era FM.
Mendengar unkapan berkenaan terkeluar dari mulut Ayda Jebat, Ray dan Hanif amat teruja dan mengucapkan jutaan tahniah kepada isteri Nabil Mahir itu.
“Wah, tahniah diucapkan. Ni kiranya eksklusif, buat pengumuman di Era FM la ni.”
Kemudian, Ayda Jebat dilihat tidak membetulkan percakapannya itu, dan hanya tergelak saja. Ini membuatkan ramai yang beranggap memang benar kini Ayda telah berbadan dua.
Namun begitu, melihat keadaan dirinya, masih lagi belum ada baby bump dan Ayda memang amat langsing orangnya.
Dengan itu, kemungkinan ketika ini masih lagi di peringkat awal kehamilan.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai mula memberi ucapan tahniah kepada Ayda Jebat.
“Tahniah diucapkan, tengah hamil pun cantik, kecil dan langsing lagi.”
“Cantik Ayda Jebat, berseri seri hamil anak kedua.”
Komen dari netizen itu ada yang mendapat respon dari Ayda Jebat sendiri dan meletakkan emoji happy dan tersenyum sebagai respon balas.
Sehingga kini masih belum lagi ada kenyataan rasmi dari pasangan Ayda Jebat dan suami iaitu Nabil Mahir, yang mana sebelum ini sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Ana Nayla yang berumur 11 bulan.