Post gambar terdedah nampak ketiak di bulan Ramadhan, ini penjelasan Eyka Farhana

7,500 views

Pelakon Eyka Farhana mengundang komen yang kurang baik setelah upload beberapa keping gambar yang agak terdedah di bulan Ramadan ini.

Ramai followernya yang menegur tindakan pelakon ini, kerana perbuatannya itu seakan tidak menghormati kedatangan bulan yang mulia ini.

Melalui laporan portal Mstar, Eyka Farhana tampil menjelaskan kenapa dia tetap upload gambar berkenaan.

Eyka menyatakan, sebenanrya gambar itu adalah dirinya sebelum hari puasa, dan itu juga sebenarnya satu kerja buatnya.

“Foto itu diambil sebelum bulan Ramadan lagi. Saya perlu post kerana ianya melibatkan kerja. Saya masih tahu nak jaga batas di bulan Ramadan.”

Berkata tentang fesyen dan pembawakannya yang semakin terdedah, Eyka memberitahu dia hanya menjadi diri sendiri saja.

“Soal ini terserah kepada pandangan seseorang itu sendiri. Malah jika ada yang pakai t-shirt biasa sekalipun, mungkin akan ada yang anggap ianya terdedah juga.”

“Sejak dulu lagi rasanya saya memang sebegini, biar peminat tahu siapa diri saya yang sebenarnya.”

“Saya tak nak orang kata saya ni berpura-pura atau fake sebab mereka nampak penampilan kat media sosial berbeza dengan diri saya yang sebenar.”

“Peminat saya semua memang sudah mula kenali dan mereka terima saya macam ni.”

Sebelum ini, gambar Eyka yang menampakkan bahagian lengan, ketiak dan juga peha menyebankan netizen menyekolahkannya di ruangan komen.

Pakailah elok sikit di bulan Raamdhan ni, bulan puasa ni tolong sopan sikit.” Itu antara komen dari netizen kepada Eyka.

Eyka Farhana yang kini berumur 27 tahun dikatakan sedang rapat dengan pemain bola sepak terkenal tanah air yang amat berbakat besar iaitu Akhyar Rasyid, 22 tahun.

Sekitar bulan Mac, Eyka Farhana pernah berkata memang sejak dulu dia akan pakai yang yang dirasakan selesa.