Datin Alyah dedahkan sebab kenapa dia terpaksa buat pembedahan bariatric

12,883 views

Isteri kepada Datuk Ramli MS iaitu penyanyi Datin Alyah telah mendedahkan dia baru saja melakukan satu pembedahan pada 21 Mac yang lepas.

Alyah telah menjalani pembedahan bariatric surgery iaitu pembedahan di kawasan yang melibatkan system pencernaan, terutama di bahagian perut ataupun sekitar usus.

Penyanyi ini berkata, dia lakukan lebih kepada untuk kesihatan bukannya untuk kecantikkan semata.

Alyah yang kini berumur 41 tahun mendedahkan bahawa dia mempunyai masalah gastrik yang agak teruk sebelum ini.

Malahan dia juga mengalami isu penambahan berat sebanyak 18kg disebabkan isu gastrik yang dihadapi.

“Kerana masalah gastrik, saya selalu makan tak tentu masa dan memang kerap makan. Jadi berat badan saya pun naik. Bila dah naik, saya rasa sukar untuk gerak, solat tidak selesa begitu juga masa nak menyanyi.”

“Saya berjumpa pakar bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher, dan beliau cadangkan buat bariatric surgery.”

“Surgery ini bukan dapat atasi masalah gastrik saja, namun dapat kurangkan risiko saya kena masalah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi atau kolestrol di masa akan datang.”

“Saya buat untuk kesihatan, bukan untuk kecantikan, itu yang pertama. Dan apabila kita sihat, secara automatiknya kita akan nampak cantik, bukan kat luaran saja, tetapi juga untuk dalaman juga.”

Jelas Datin Alyah, dia telah menerima tajaan untuk melakukan surgery berkenaan.

“Saya bekerjasama dengan Dr Mustafa untuk didik dan jelaskan kepada umum tentang bariatric surgery ini bukan hanya untuk kecantikan semata.”

“Alyah baru habis buat pembedahan pada tarikh 21 Mac lepas dan kini masih dalam pemantauan dari segi kesihatan juga pemakanan oleh doktor pakar.”

“Nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Mustafa yang banyak membantu sepanjang proses ini. Kalau ada sesiapa nak tanya boleh call Puan Rafeah di talian 016 2330678.”

Itulah kisah Datin Alyah melakukan bariatric surgery.