Puteri Aishah antara pelakon yang telah terkena jangkitan virus corona. Minggu lalu, Puteri Aishah dan beberapa krew penggambaran drama yang berada di Scotland, disahkan terkena jangkitan berkenaan.
Pelakon jelita ini telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk jalani rawatan.
Dan pada hari ini, satu berita gembira telah dibuat oleh Puteri Aishah yang mana pelakon ini kini telah pun bebas dari virus berkenaan. Ini kenyataannya.
“Allahuakbar, sebaik je jururawat bernama Kak Zue bagitahu result Puteri dah negative, terus geletar rasa satu badan, sangat syukur dan happy sangat. Alhamdulillah, bersyukurnya.
“Selepas 11 hari ada kat dalam ward di Hospital Sungai Buloh, pagi tadi pukul 12 pagi, Puteri dah kena buat second swab, dan kemudian tengah hari tadi nurse kata Puteri dah tidak positif lagi. You are free from covid.
“Saya berjaya lawan covid. Syukur! Thanks pada semua yang doakan Puteri dan terima kasih yg teramat sgt kepada semua juru rawat dan juga doctor yang sentiasa jaga dan juga rawat puteri selama berada di sini. Saya amat hargainya, thanks sangat.
Sementara itu, rakan artis dilihat memberi ucapan tahniah dan gembira melihat Puteri Aishah dan kembali pulih seperti sedia kala. Ini antara komen rakan artis.
Zizan Razak: “Alhamdulillah syukur pada Allah. MasyaAllah. Hope u can share tips apa yang buat awk cepat sembuh.”
Ninaiskandar: “Alhamdulillah, you go fighter”
Ramona Zamzam: “Alhamdulillah syukur. So happy for you Puteri! Take good care of yourself and get some good rest.”
Kini beberapa krew penggambaran dan rakan artis yang turut ke Scotland sedang jalani rawatan termasuk pelakon Ashraf Muslim dan pelakon kanak-kanak Puteri Rayqa. Semoga semuanya kembali sembuh segera. Amin.
Drama berkenaan merupakan terbitan RTM, berjudul Demi lakonan Puteri Aishah, Ashraf Mulis, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.