“Puteri Balqis ke hospital bersama polis” Doktor Pakar sahkan diagnosis

3,189 views

Pelakon yang naik sejak kanak-kanak iaitu Puteri Balqis telah pun masuk ke hospital setelah membuat laporan polis ke atas ayah kandungnya baru-baru ini. 

Puteri Balqis yang kini telah pun berumur 15 tahun hadir ke hospital bersama ibu kandungnya, Norashikin Mohd Aziz. Mereka datang ke hospital untuk bertemu dengan doktor pakar bahagian psychiatry. 

Dari laporan beberapa portal, kedua dua mereka dikatakan mempunyai tekanan selepas trauma atau lebih dikenali dengan nama PTSD. 

Hal ini disahkan setelah bertemu dengan doktor pakar berkenaan. 

Memang tujuan utama Puteri Balqis dan ibunya datang ke hospital untuk dapatkan pengesahan dari pihak profesional sama ada mereka melalui PTSD setelah melalui detik getir ketika hidup bersama yah kandung Puteri Balqis bernama Azizi. 

Ini komen dari satu sumber, melalui laporan portal Boomalaysia.

“Selepas Puteri Balqis buat report polis, di atas nasihat dari pihak peguam Puteri Balqis, pelakon itu bersama ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa doktor pakar bahagian psychiatry.” 

“Tujuan mereka jumpa doktor adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Puteri Balqis itu betul dan mereka berdua terkesan dengan apa yang terjadi.” 

“Kita tak nak kalau ada orang yang buat tuduhan, bahawa Puteri Balqis ini hanya mahu meraih simpati atau buat cerita. Oleh itu, dia ke hospital bersama dengan pihak polis sekali.” 

Puteri Balqis sebelum ini membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya, pada malah hari Isnin yang lepas, sekitar jam 10 setengah malam. 

Hal ini disahkan sendiri oleh pihak polis semalam yang mana pelakon berkenaan telah hadir ke balai untuk buat report setelah video tembual tersebar baru-baru ini. 

Kes melibatkan ayah kandung Puteri Balqis ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.