Ini sedikit update tentang kisah perkahwinan pasangan selebriti popular tanah air iaitu pengarah Mat Kilau, Syamsul Yusof dan juga isterinya, pelakon Puteri Sarah Liyana.
Baru-baru ini ada netizen memberi pendapat bahawa Puteri Sarah Liyana masih lagi memegang dan mahu mempertahankan rumah tangga dengan Syamsul Yusof memandangkan pengarah yang juga anak Datuk Yusof Haslam itu merupakan seornag yang berharta.
Hal ini mendapat perhatian manager atau pengurus kepada Puteri Sarah Liyana iaitu Emi Mat Rozekhi.
Emi berkata, it semua tak benar sama sekali dan meminta semua netizen di luar sana untuk berhati hati ketika melontarkan pendapat mereka dan menulis komen secara umum.
“Saya bukanlah mahu jadi batu api tetapi sekadar nak berpesan, dalam apa juga keadaan, harap semua dapat jaga jari masing-masing. Janganlah mahu tulis sampaikan terlupa diri. Dah baca tu, sila simpan saja komen peribadi kamu, sebab bukan korang yang nak hadap.”
Tegas Emi lagi, sepanjang menjaga Puteri Sarah Liyana, dia melabel isteri kepada Syamsul Yusof itu sebagai seorang yang gigih mencari rezeki atas usahanya sendiri.
“Saya ni yang mengira duit dia. Saya tau la dia tak heran atau ambil kisah pun title kaya suaminya itu. Dan dia ni bekerja dengan amat gigih, kerja keras untuk berada di tempat dia sekarang.”
“Boleh kata, tahap kerajinan dia boleh kalahlah orang lain. Saya memang tabik hal yang tu sangat-sangat. Jadi, kepada yang tak tau tu, janganlah nak main redah tulis sampai makan diri.”
Pada bulan Julai, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan terhadap seorang netizen yang membuat komen tak benar tentang dirinya.
Emi berkata semuanya telah terjadi. “Kemusnahan telahpun dilakukan, harapnya pihak di sana akan jadikan pelajaran.”
Sebelum itu, pada bulan Jun, Puteri Sarah telah menyaman Ira Kazar di atas gangguan kepada dirinya dan keluarga serta menjadi pihak ketiga dalam rumah tangganya dengan Syamsul Yusof.