Putus cinta, Sophia Albarakbah tiada selera makan

1,533 views

Pelakon terkenal tanah air, Sophia Albarakbah sebelum ini telah mengesahkan hubungan cintanya dengan seorang lelaki telah pun berakhir. 

Sophia sebelum ini menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang juga dikenali dengan nama panggilan Mr Doktor. 

Kata pelakon berumur 30 tahun ini, perpisahan dengan bekas kekasihnya itu memang amat perit buat dirinya. 

Apatah lagi, hubungan sudah terjalin hampir dua tahun lamanya. Ini komennya kepada Harian metro.

“Saya tak mahu nak ulas banyak tentang kisah perpisahan ini sebab memang saya kurang gemar bercerita tentang kehidupan peribadi kepada umum.” 

Walau pun dah tak bersama, Sophia menegaskan hubungannya dengan Mr Doktor baik-baik saja. 

Namun begitu, kini dia memilih untuk fikirkan soal kerjayanya saja. 

“Sungguh pun dah berpisah, hubungan kami baik sebagai kawan. Selama ini saya memang susah untuk ada rasa suka dengan seseorang.”  

“Apabila saya sayangkan seseorang itu, saya akan berikan sepenuh perhatian.” 

“Sebab itu juga, saya sudah tak nak fikir soal cinta lagi selepas ini. Biarlah saya fokus dengan kerjaya seni saya saja sekarang.” 

Kesan dari perpisahan ini juga, Sophia memberitahu ramai yang mengatakan dirinya sudah semakin susut badannya. 

Sophia sendiri tak sedari akan hal ini, namun ramai yang menegurnya. 

Katanya, mungkin keperitan perpisahan ini juga antara faktornya.  

“Putus cinta pun salah satu faktor sebab saya kurang selera makan.” 

“Dalam masa yang saya, mungkin juga sebab saya amalkan diet juga.” 

“Secara jujur saya pun tak perasan saya dah kurus sampailah ada kawan-kawan yang tegur.” 

Itulah sedikit cerita tentang pelakon Sophia Albarakbah. 

Tentang perkembangan kerjayanya, Sophia Albakbah akan tampil dengan drama berjudul From Saga With Love yang akan ditayangkan di platform online pada hujung bulan September ini.