Bell Ngasri menang di ABPBH, Bintang Paling Popular ABPBH35

5,246 views

Malam ini 21 Julai 2023 telah berlangsung majlis anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian atau lebih dikenali dengan nama ABPBH. 

Anugerah kali ini merupakan edisi yang kali ke 35 dan telah berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. 

Sudah tentu, antara nama yang paling ditunggu untuk ABPBH edisi ke 35 ini ialah kemunculan pelakon Bell Ngasri. 

Akhirnya setelah 30 puluh lebih menceburi bidang seni, akhirnya Bell Ngasri berjaya merangkul anugerah. 

Bell Ngasri memenangi anugerah pelakon komedi paling popular mengatasi calon lain iaitu Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan juga Syahmi Sazli. 

Rata-rata bersyukur dengan kemenangan Bell Ngasri ini, apatah lagi namanya mencetuskan fenomena sepanjang tercalon sebagai top 5 untuk kategori pelakon komedi itu. 

Bell mendapatkan sokongan dari ramai pihak termasuklah rakan artis yang menyokongnya. 

Sampaikan ada orang yang tak pernah undi pun, kali ini terus saja mengundi kerana mahu melihat kemenangan Bell Ngasri. 

Bell memberi ucapan terima aksih kepada semua yang menyokongnya dan terutama kepada ibunya.

“37 tahun saya nak tunggu ada popular tu. Saya tak mahu menangis, kalau tak dari red carpet saya dah nangis.”

“Terima kasih kepada semua, kepada ibu saya yang sampai naik bas mini. Sekali lagi semua, yak yak yeah.”

Selain kategori Komedi, akhirnya Bell Ngasri diumumkan sebagai Bintang Paling Popular untuk edisi ABPBH 35.

Bell ternyata tak dapat menahan rasa sayu dan tetap mengalirkan air matanya.

Baginya kemenangan ini adalah untuk ibunya juga.

“Terima kasih semua, ini untuk ibu saya, yang bawa saya, siap bagi susu dalam bas. 37 tahun dalam industri seni ni, saya tak pernah mengahrapkan populariti, ini untuk ibu saya.”

Untuk pengetahuan, Bell Ngasri atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 42 tahun, merupakan pelakon yang amat aktif sejak kanak-kanak lagi bersama adik beradiknya termasuk abangnya, Boy Ngasri, dan dua adiknya iaitu Darling Ngasri dan juga Anne Ngasri. 

Sejak akhir-akhir ini nama Bell Ngasri dikenali dengan watak Barkoba, iaitu watak dalam naskah arwah Mamat Khalid iaitu 16 Puasa. 

Watak Barkoba lakonan Bell Ngasri itu terkenal dengan tag line, yak yak yeah, dan sinonim sebagai geng plastik hitam. 

Tahniah diucapkan kepada Bell Ngasri, semoga kemenangan ini terus memajukan Bell Ngasri sebagai pelakon yang lebih hebat dan terus sukses.