Ramai tak puashati soalan panas dari Dato Rosyam Nor, ini pula respon Shuib

950 views

Kecoh juga pada hari Ahad yang lalu ketika di satu majlis anugerah, Datuk Rosyam Nor dilihat telah melontarkan kata-kata yang dilihat kurang enak kepada Shuib dari kumpulan Sepahtu.

Pertanyaan dari Rosyam Nor ialah berkaitan Shuib sebagai duda, dan penggantinyanya.

Melabel Shuib sebagai duda yang hangat ketika ini, rupanya ramai penonton yang kurang senang dengan ayat dari Rosyam Nor itu.

Ditanya tentang kejadian di atas pentas itu, Shuib telah dihubungi oleh pihak media.

Melalui laporan Kosmo, Shuib mengatakan dia langsung tak terasa apa pun tentang dialog berkenaan, dan memberitahu apa yang berlaku itu telah digembar gemburkan pihak media saja.

Hubungan Shuib dan Rosyam baik saja, dan pelawak ini tetap menghormati pelakon terkenal itu.

“Yang Dato Rosyam Nor cakap, kau duda terhangat, dah ada pengganti ke. Saya dah lama kenal beliau, memang dah lama sangat. Sebelum saya kahwin lagi.”

“Masa tu, sebelum kahwin, saya pernah berurus niaga, pernah hantar ayam kampung kepadanya. Itu kali pertama saya jumpa Dato Rosyam Nor.”

“Ketika saya jumpa beliau dan sebelum sampaikan trofi di atas pentas, saya pun dah berborak dengannya, macam biasalah dah tentu berborak pasal arwah isteri saya. Beliau dengan arwah Siti Sarah, lagilah, sejak arwah kecil, mereka dah saling mengenali.”

“Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan satu gurauan daripada orang yang saya dah kenal lama dah. Orang yang rapat dengan saya dan juga arwah. Tak ada apa-apa isu pun sebenarnya. Tak ada terasa apa pun.”

Shuib juga mengakui sebenarnya Dato Rosyam Nor antara individu yang dia melihat sebagai idola.

“Beliau ni antara idola saya dalam industri dan business. Dia banyak bagi inspirasi. Mungkinlah netizen lihat hal ini tak berapa sedap didengar, oleh itu mereka terus luahkan rasa tak suka, kenapa tanya soalan macam tu.”

Itulah respon dari Shuib tentang isu melibatkan Dato Rosyam Nor ini.