Nukilan terakhir dari Normah Damanhuri buat kakaknya, arwah Aripah Damanhuri

3,819 views

Hari ini industry seni tanah air menerima satu perkhabaran yang agak menduka citakan apabila pelakon veteran Aripah Damanhuri telah pun disahkan sudah tiada lagi.

Aripah Damanhuri pergi buat selamanya setelah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi tadi sekitar jam 8 lebih pagi.

Berita ini disampaikan sendiri oleh anak bongsunya bernama Fais.

Aripah Damanhuri yang kini berumur 73 tahun, merupakan kakak kandung kepada seorang lagi pelakon terkenal tanah air iaitu Normah Damanhuri, 68 tahun.

Setelah perkhabaran ini diketahui ramai, sudah tentu ramai yang mahu tahu komen serta reaksi dari Normah Damanhuri di atas kehiloangan kakak tersayang ini.

Dari satu entry di laman Instagram, Normah Damanhuri telah menulis nukilas terakhir buat kakaknya itu. Ini caption dari Normah buat Aripah.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Kini, kakak kesayangan ku telah pun pergi meninggal kan kami semua. Pergi dan tidak akan kembali lagi.”

“Semoga Allah akan ampunkan segala dosa nya. Semoga Allah akan menerima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Nya. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan di dunia ini. Semoga rohnya akan dicucuri rahmat dari Nya dan akan ditempatkan dikalangan orang yang beriman serta soleh. Al fatihah.”

Itulah nukilan terakhir dari Normah buat kakaknya Aripah Damanhuri.

Menerusi makluman dari anak bongsu arwah Aripah Damanhuri, jenazah kini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Taman Batu Muda, area Batu Cave Selangor. Semoga segala urusan akan dipermudahkan.

Diimbas kembali, sekitar bulan April, Aripah Damanhuri telah menerima rawatan di unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur akibat pneumonia, dan pihak pegawai perubatan membuat keputusan menidurkannya kerana level oxygen dilihat semakin menurun.