Ramai terkejut, risau lihat keadaan terkini Dafi terlalu kurus, cengkung

4,065 views

Lama tak dengar kisah penyanyi yang lahir melalui rancangan Akademi Fantasia iaitu Dafi. Baru-baru ini keadaan terkini Dafi terlalu kurus, cengkung menjadi perhatian ramai. 

Dafi atau nama penuhnya Gadafi Ismail Sabri, sendiri sedar dirinya sudah turun berat badan berbanding dulu. 

Anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia ini berkata, dia turun berat badan kerana menjaga pemakanannya. 

Ianya mula berlaku sejak Dafi terlibat dalam sebuah filem aksi tak lama dulu. 

Sejak dari itu, Dafi sudah terbiasa menjaga makan, sehinggakan badannya menjadi kurus. 

Kata Dafi lagi, orang ramai tak perlu risau dengan keadaan dirinya dan dia akan cuba menaikkan semula beratnya. 

“Dulu saya pun ada ketika dah gemuk. Masa sekolah pun saya gempal. Jadi saya ada masanya rasa agak takut nak jadi gemuk semula.” 

“Jadi bila berlakon filem, saya jadi askar, saya jaga makan.” 

“Saya mula turun berat, bila berlakon filem Malbatt tu. Lepas tu saya cuba untuk terus maintain.” 

“Masalahnya, bila dah start diet ni, saya jadi macam tak tahu bila nak berhenti.” 

“Sekejap je ni, mungkin lepas ni saya akan naik berat semula.” 

Dafi menambah, dirinya dalam keadaan sihat saja ketika ini. 

“Terima kasih kepada mereka yang rasa risau dan concern tu. Syukur saya ni sihat saja, jangan risau. Saya tak ada sakit pun, tak perlu fikir bukan-bukan.” 

“Berat saya ni memang macam bermusim, kalau kurus tu saya akan bersungguh sangat, tu yang nampak kurus sangat. Tapi saya okey saja.” 

“Kita ni gemuk salah, kurus pun salah.” 

Itulah jawapan dari tuan punya badan, tentang keadaan terkini Dafi terlalu kurus, cengkung yang membuat ramai risau tentang dirinya, sehingga ada yang mengatakan mungkin Dafi sedang sakit.