“Terlalu sayang” Izzue Islam mengalir air mata bercerita tentang isteri

2,216 views

Izzue Islam satu nama yang dikenali ramai di dalam industri hiburan tanah air. Bukan saja dalam bidang nyanyian, Izzue juga berbakat besar dalam bidang lakonan dan juga sebagai pengacara. 

Umum mengetahui Izzue sudahpun lama berkahwin, dengan insan yang dikenali sebelum dirinya popular lagi. 

Isterinya bernama Awin Nurin, individu yang sentiasa berada disisinya tak kira semasa susah dan juga ketika senang. 

Baru-baru ini, Izzue meluahkan rasa sayang dan kasihnya kepada Awin. 

Katanya dia begitu menyayangi wanita berkenaan dan tak dapat nak bayangkan betapa banyaknya rasa cinta serta sayang kepada isterinya itu. 

“Setiap saat dan masa, memang aku mahu dia ada dan bersama dengan aku.”  

“Kalau ditanya berapa banyak sayang aku kepada dia, memang aku tak boleh nak cakap, aku pun tak tahu banyaknya. Hanya Tuhan ja yang tahu berapa banyak sayang aku kepada dirinya.” 

Izzue memberi kenyataan berkenaan ketika menjadi tetamu jemputan untuk podcast Bocey Comeback kendalian Fad dan juga Achey. 

Izzue turut kelihatan mengalirkan air mata ketika berbicara tentang isterinya itu. 

“Andailah aku ni pergi dulu, ye la sebab kita kan tak tahu lah sebab benda ni Allah yang susun kan. Aku memang nak ada orang yang boleh layan dia seperti mana aku layan dia.” 

“Aku memang tak tahu sebab Awin ni teramatlah, sangatlah istimewa, dia memang manja, dia ada banyak benda yang orang lain tak boleh buat, hanya aku saja boleh dengannya.” 

“Tapi kalaulah takdirnya, aku tak ada, siapa yang nak buat pula.” 

@syanxrie oh to be loved by a MAN🙁 @Izzue Islam @awin.nurin #foryou #fyp #fypシ ♬ No Surprises – Radiohead

Melihat ucapan dari Izzue itu, ramai wanita diluar sana melabel selebriti berkenaan sebagai seorang lelaki yang amat istimewa. 

Malah ramai juga mengucapkan rasa tahniah kepada Awin kerana memilik suami seperti Izzue Islam.