Reaksi Datin Red tentang Dato Red kembali bersama dengan Adira

5,475 views

Semalam telah disahkan bahawa penyanyi Adira dan juga Dato Red kini kembali bersama, sedang menyulam rasa cinta. 

Bercerai di awal tahun ini, Adira kini dah pun habis tempoh edah, namun ternyata hubungan mereka begitu kuat sekali. 

Dato Red atau nama sebenarnya Dato Adnan Abu berkata, dia dan bekas isterinya itu kini dalam proses menjalinkan kembali hubungan yang serius. 

Malah, Dato Red juga sudah merangka untuk kembali bernikah dengan Adira dan dah berbincang dengan keluarga Adira. 

Rancangan awal mereka ialah untuk mengadakan perkahwinan pada hari raya Aidilfitri tahun depan. 

REAKSI BEKAS ISTERI PERTAMA, DATIN RED 

Berita gembira antara Adira dan Dato Red sudah tentu disambut baik para peminatnya. 

Namun ada juga yang tertanya tentang seorang lagi bekas isteri iaitu Datin Red. 

Melalui laporan Mstar, Datin Red telah pun ditanya tentang kisah hubungan antara Dato Red dan Adira yang sudah kembali bertaut. 

Apakah agaknya perasaan dan juga reaksinya? 

Menjawab pertanyaan berkenaan, Datin Red atau nama sebenarnya, Sharifah Norshafila berkata, dia hanya mampu doakan yang terbaik buat kedua mereka.  

“Saya hanya mampu untuk mendoakan yang baik-baik saja buat mereka.” 

“Selain itu, saya mohon doa dari semua agar saya akan dapat kembali bangkit dan kuat.”  

“Saya juga nak memulakan kehidupan yang baru.” 

STATUS DATIN RED 

Ditanya tentang pengganti, Datin Red menjelaskan bahawa dirinya kini masih lagi hidup solo.  

Wanita berumur 38 tahun ini juga enggan mengulas kononnya Dato Red ada memujuknya untuk kembali bersama.  

“Saya ni tiada siapa-siapa. Sekarang saya hanya fokus kat diri sendiri dan juga kat anak-anak saja.” 

KEHIDUPAN SELEPAS BERCERAI  

Datin Red kini sedang sesuaikan diri untuk hidup sebagai seorang single. 

Katanya, dia kini mula untuk jalankan perniagaan jamu bagi menampung kehidupan. 

“Hidup saya sekarang ni sama saja, cuma yang beza saya sekarang tiada suami.” 

“Produk saya pun baru dikeluarkan. Saya masih lagi sedang belajar dan perlukan sokongan orang ramai.” 

Itulah sedikit komen dari Datin Red, tentang kisah Adira dan Dato Red dan juga perkembangan dirinya.