Shuib akui tersilap “Khilaf saya”

275 views

Shuib baru-baru ada bercerita yang dirinya terjebak dalam dunia perjudian. 

Pelawak ini bercerita tentang ketagihannya itu kepada umum dalam satu podcast. 

Pendedahan tentang kisah silamnya itu mendapat reaksi kurang senang dari orang ramai, kerana ianya seperti membuka pekung sendiri. 

Akhirnya, Shuib akui kesilapan bercerita tentang hal berkenaan, dan mengambil keputusan untuk memohon kemaafan. 

Shuib akui khilaf dan minta maaf atas ketelanjuran cerita hal berkenaan. 

Sungguhpun mahu menjadikan hal berkenaan sebagai kisah teladan, namun hal buka kisah aib tak patut didedah secara terbuka seperti itu.   

“Sebenarnya saya tak mahulah nak besarkan hal ini lagi.” 

“Ianya dapat pelbagai komen, ada yang positif dan sebaliknya.” 

“Akan tetapi, dari segi hukum agama, lepas saya membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tak manis untuk buka aib sendiri walaupun tujuannya untuk sebagai pengajaran kepada orang.” 

“Oleh itu, tindakan merupakan satu khilaf oleh saya.” 

“Lepas ini saya akan ambil pengajaran dan akan lebih berhati-hati semasa bercerita tentang hal silam.”

“Niat tidak halalkan cara, saya dah sedar.”  

“Ada cara sebenarnya kalau nak bercerita tentang benda yang tak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut di sisi agama.” 

Shuib menambah, jika orang ramai menonton podcast berkenaan secara penuh, maka mereka akan dapat lebih banyak pengajaran kerana ianya kisah benar.  

“Kalau tonton podcast ini awal sampai akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran kerana cerita ini kisah benar, bukannya rekaan.” 

“Ianya terjadi dan dilakukan oleh orang yang dikenali sekali gus lebih dekat untuk orang terima.”  

“Ada je ramai penonton yang beri komen positif. Dan ada yang sama-sama cerita pengalaman mereka dan dah serik dengan aktiviti tidak berfaedah dan berdosa ini.”  

“Tapi ada video tular di media sosial dan ada portal berita yang letak tajuk yang tergantung, jadi ada yang mula bercakap tentang saya buka aib sendiri.” 

“Di podcast itu kami sudah letak peringatan agar jangan terikut dengan gejala dan aktiviti ini.” 

Itulah kisah Shuib, yang bercerita tentang aktiviti itu membuatkan dirinya pernah dikepung oleh ahli kongsi gelap selepas menang sejumlah Rm68k. 

Selepas dari kejadian itu, Shuib dah serik dan tinggalkan aktiviti berkenaan.