Respon Shuib kenapa tak datang wedding Mamat

7,980 views

Berberapa hari yang lalu pengacara popular Azwan Ali atau Diva AA telah memuat naik Tweet di laman sosial miliknya dengan menyelar tindakan pelawak Jep dan juga Shuib yang tidak hadir ke majlis perkahwinan milik bekas ahli kumpulan Sepah iaitu Mamat.

Mamat Sepah telah pun selamat menjadi seorang suami kepada seorang gadis anggota polis yang bernama Diana Ibrahim pada 1 Mac 2020 pada hari Ahad yang lalu.

Sebelum ini, Mamat dikatakan telah berulang kali menangguh pernikahan mereka kerana sibuk dengan pelbagai kerja yang dilakukan olehnya namun kali ke tiga, akhirnya Mamat dapat mengakhiri zaman bujangnya.

Mamat yang mempunyai syarikat pengurusan atur acara yang diberi nama Mamat Sepah Entertaiment, telah pun melangsungkan pernikahan bersama pasangannya di rumahnya di Kulai Johor sekitar jam 8 malam.

Shuib dan Jep dikatakan mempunyai alasan kenapa mereka tidak dapat hadir ke majlis pernikahan Mamat.

Menurut kata Shuib di ruangan komen laman sosial Instagram miliknya, dia tidak dapat menghadiri majlis Mamat kerana memenuhi tuntutan kerja iaitu rakaman rancangan Sepahtu Reunion yang dikelola oleh dia dan Jep.

Disamping itu, Shuib sempat menitipkan doa dan ucapan tahniah kepada Mamat kerana selamat menjadi seorang suami dan mendoakan sahabatnya itu dipermudahkan urusan serta bahagia di dunia dan di akhirat disamping isteri tercinta.

“Tahniah wahai sahabatku. Maaf semalam tidak dapat nak hadir ke majlis bersejarah ko Mamat. Sebenarnya aku ade kerja, penggambaran Sepahtu Reunion Al Puasa. Namun, apa yg pastinya, doa buat engkau mestilah ada. Semoga semua urusan dipermudahkan, doakan aman perkahwinan kau, berbahagialah di dunia dan juga di akhirat serta doakan kau jadi ketua keluarga yg terbaik, insyaAllah. Tahniah sekali lagi Mat. Semua dah complete, semua dah kawin.

Mamat Sepah dilihat telah reply mesej berkenaan dan berkata dia sayang kepada Shuib. Ini komennya: “Thank you Shuib, I love you Shuib

Dalam pada itu, pada minggu lalu, Mamat juga ada muatnaik dia lepak dengan Jep dan memang mereka berdua ada bertemu sebelum Mamat bernikah.

Ini komen Mamat bila bergambar dengan Jep: “Habiskan masa bujang, tinggal seminggu je lagi. Dari zaman sekolah sampai zaman bujang banyak habiskan masa dengan Jep. Semoga keluarga kami diberkati.”

Tahniah buat Mamat Sepah kerana dah pun bergelar suami, semoga bahagia melayari bahtera perkahwinan.