Ridhuan Tee tegur pengacara “Buat lawak bodoh, potong cakap juri”

1,231 views

Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee satu nama yang tak asing lagi di Malaysia. 

Sebagai penulis, ahli akademik dan juga pendakwah, Ridhuan Tee juga dikenali sebagai pengacara yang berilmu. 

Malalui satu laporan dari portal Mstar, berbicara tentang bidang pengacaraan, Ridhuan Tee telah bertindak menegur tindakan segelintir pengacara yang dilihat bagaikan kurang beradab ketika kendalikan sesebuah rancangan. 

Ridhuan yang kini berumur 58 tahun berpendapat, pengacara kena tampil bijak dan tak patut untuk menggunakan lawak yang tak sepatutnya termasuklah isu peribadi. 

Jelasnya, pihak produksi juga harus memainkan peranan untuk menangi perkara tersebut kerana ini akan jadi contoh yang tak baik buat penonton.  

“Sekarang memang amat ketara, pengacara nak nampak menonjol sampaikan adab sudah ke longkang.” 

“Pengacara seharusnya terkenal dengan ilmu, dan bukannya dengan lawak atau cuitan yang bodoh. 

“Saya memberi saranan agar pengacara untuk banyakkan membaca.” 

Selain itu, Ridhuan Tee juga menyatakan tindakan seperti suka memotong orang lain cakap dan juga sindir menyindir tak patut dilakukan.  

“Paling jelek apabila pengacara bertindak memotong juri bercakap dan ada yang sentuh isu peribadi. Nak potong cakap tu boleh, tetapi kena ada adabnya.” 

“Ataupun jikalau ada perkara mendesak yang penting saja.” 

Ridhuan turut menyarankan agar para pengacara buat persiapan dan elakkan lawak yang semberono saja. 

“Pengacara kenalah buat persiapan serta kajian. Elakkan buat jenaka tak bermanfaat yang sentuh hal peribadi. Hal ini teramat ketara di program di kaca TV.”  

“Station TV memang mahu benda ni semua, kerena pihak mereka nak rating.” 

Tentang lawak jenaka, Ridhuan berpendapat memang perlu ada namun jenaka itu perlulah jenis yang berilmu.  

“Tak dapat nak dinafikan, bahawa unsur lawak jenaka ini penting, memang kena ada unsur jenaka sikit, namun biarlah jenaka ada ilmu dan memberi impak.”  

“Ini untuk menghindari program jadi stres dan kaku.” 

“Pada masa sama, kena tengok kepada siapa jenaka kita dapat disampaikan agar dapat diterima dengan baik.” 

Selain itu, Prof Ridhuan Tee yang berkhdimat sebagai penulis Ismaweb dan pensyarah di Unisza, berkata, pengacara juga harus tepati masa, bijak hidupkan suasana serta menguasai majlis dengan baik.