Setahun tak jumpa tunang, Azri Iskandar dedah hubungan dengan Dr Azra kini renggang

2,576 views

Umum dah tahu bahawa pengarah dan pelakon Azri Iskandar dah pun bertunang dengan seorang wanita bernama Dr Azra. 

Tentang perkembangan terkini, Azri Iskandar mengatakan, dia kini sudah satu tahun tak bertemu dengan tunangnya itu. 

Azri mengakui hubungan dengan Dr Azra mulai renggang dan ketika berhubung bagaikan mahu tak mahu saja. 

“Kini dah setahun lebih saya tak jumpa dia. Saya rasa biar sajalah macam gitu. Contact pun macam mahu tidak mahu sekarang ni. Jika dulu hari-hari, namun sekarang ni dah tak lagi.”  

“Saya dan dia dah mula renggang, saya nak perbetulkan semula keadaan. Saya nak pastikan dulu hal saya dengan dia macam mana. Baru cakap fasa seterusnya.” 

Jelas Azri faktor busy dan urusan kerja mungkin menjadi puncanya, apatah lagi mereka tiada salah faham.  

“Kami ada potensi untuk berbaik semula. Saya pun tak bergaduh dengan dia, cumanya memang amat jarang berjumpa, sebab tu jadi renggang.”  

“Saya ada ajak dia keluar. Dia bukannya tak mahu, namun sebab dia memang amat sibuk. Dia ada event di outstation. Dia juga sibuk kerana sedang berlatih Muay Thai. Ini kerana dia dapat tawaran drama untuk platform Viu.” 

“Dia terima bayaran sebanyak RM500,000. Mulanya dia tolak, namun produksi kata boleh bayar, jadi dia terimalah.” 

“Tapi saya rindu dia, mestilah, sebab dah bercinta.” 

Azri juga akui, ramai yang mengatakan dirinya macam dah tak betul sebab masih lagi berahsia akan wajah Dr Azra. 

“Memang tergangggu apabila teman saya tak nak dedahkan dirinya.” 

“Malah anak-anak saya dan juga bekas isteri saya suruh cari wanita lain.” 

“Ellie pun tak suka, sebab dia anggap Azra sebagai scammer. Tak apa lah, saya terima saja ini sebagai satu ujian.” 

Dalam pada itu, Azri juga mendedahkan bahawa dia ada kenali wanita lain.   

“Sekarang saya sedang berkenalan dengan beberapa wanita. Ada yang dalam industri ada juga orang luar industri.” 

“Hari itu saya ada keluar dengan seorang wanita dan anak-anak pun suka dan mereka setuju saya jadikan wanita itu sebagai teman hidup. Mereka tak nak Dr Azra.” 

Itulah sedikit perkembangan terkini kisah Azri Iskandar