“Rimas tengok orang tutup wajah baby ni, tak perlu takut kena santau” Kak KM

3,762 views

Liana Rosli atau lebih mesra dikenali sebagai Kak KM, telah tampil memberi pendapat tentang sikap sesetengah artis atau individu terkenal yang sering menutup wajah baby kecil mereka.

Kata anak kepada Normah Damanhuri ini, dia memang rimas melihat telatah mereka yang nam upload gambar tetapi menutup bahagian wajah anak yang baru ditimang.

Katanya lagi, baby yang baru dilahirkan ini merupakan satu anugerah dari Illahi dan wajarlah tayang saja wajah anak itu kerana ianya juga salah satu cara untuk meluahkan rasa happy dan kesyukuran menimang cahaya mata.

“Saya ni nak luah rasa rimas. Memang tidak faham betul mengapa ada yang nak muat naik gambar anak selepas bersalin namun mereka tak mahu tunjukkan wajah baby mereka tu. Ada pula yang sengaja tunjuk gambar kaki atau bahagian tangan baby saja.

“Sekiranya ketika tempoh kehamilan mereka ni boleh cerita perkembangan diri, mengapa tidak buat benda yang sama selepas bersalin.”

“Allah dah pun berikan rezeki, tidak salahlah jika hanya nak beri khabar baik itu sebab itu juga menandakan kita ni happy dan gembira serta bersyukur dengan pemberian dari Illahi.”

Kak KM juga berkata tak perlulah nak takut dengan orang lain jika hanay bercerita berita gembira terutama melibatkan kehadiran baby baru.

“Ada yang tak mahu tunjuk gambar anak kerena mereka ni khuatir kena buatan orang atau kena santau dengan orang lain. Kenapa perlu ada perasaan macam tu kalau diri kita ni tak ada buat apa-apa.”

“Yang penting niat nak khabarkan berita baik jadi jangan nak fikir hal yang tak baik saja.”

Liana Rosli yang merupakan seorang usahawan berkata sedemikian kepada portal Mstar setelah dia meluahkan rasa rimas tentang mereka yang suka menutup wajah baby mereka.

Ini tulis Liana Rosli atau Kak KM: “Rimas betul tengok orang tutup-tutup muka anak ni.”

Sebelum ini, memang ramai artis dan selebriti mahupun individu yang terkenal, mengambil pendekatan untuk tidak tayang wajah anak kecil yang baru dilahirkan ke dunia ini, antara sebab utamanya ialah tak mahu terkena ain, iaitu kata-kata dari mereka yang ada rasa iri atau sebagainya.

Untuk info, Liana Rosli juga baru saja timang cahaya mata baru yang kini berumur 5 bulan.