“Last jumpa bulan Februari” Salah seorang mangsa rupanya kawan Aiman Tino

2,253 views

Malaysia kini dikejutkan dengan satu kisah tragis melibatkan nahas jalan raya yang berlaku di perak, yang meragut nyaa lima pelajar dua hari lalu.

Rupanya salah seorang mangsa yang terlibat merupakan rakan kepada penyanyi remaja terkenal Aiman Tino.

Penyanyi berumur 24 tahun ini amat terkejut mengetahui rakannya itu antara mangsa yang terlibat.

Aiman turut menyatakan dia bertemu dengan rakannya itu yang bernama Nasrun Aidol pada bulan Februari yang lepas, tiga bulan lalu.

Sebagai rakan dari kampung, arwah Nasrun yang usianya muda dua tahun, dilabel oleh Aiman Tino sebagai seorang yang baik dan peramah orangnya.

“Saya dapat tahu tentang arwah dari abang dia.  Mulanya saya nampak dari story dari WhatsApp tentang nahas melibatkan Nasrun. Mula-mula saya ingatkan tak teruk tetapi saya betul tak sangka kini dia dah tiada.”

“Dia memang seorang yang amat baik dan bagus orangnya. Kami ni memang saling kenal mengenali walaupun tidaklah sangat rapat. Sepanjang saya berkawan dengan dia, kadangkala ada rasa segan dengannya sebab dia merupakan anak ustaz.”

“Sebelum ini, arwah memang seorang yang jenis supportive dan sentiasa sokong perniagaan yang saya jalankan.”

“Malah, kali terakhir kami bertemu bulan Februari lalu, dia pun ada mengambil tempahan biskut Nutella pod dari saya.”

Selain itu, Aiman Tino juga berkata dia dan arwah pernah terlibat dengan aktiviti nasyid sejak dulu. Arwah Nasrun seornag yang suka menyanyi dan berbakat tulis lirik.

“Dia minat menyanyi dan menulis bait lirik. Jika di laman sosial, arwah selalu menyanyikan lagu cover.”

“Sebelum ini, dia ada nyatakan hasrat nak tulis lirik untuk lagu berunsurkan ketuhanan untuk saya namun ianya tak kesampaian.”

Aiman sebelum ini ada muatnaik gambar terakhirnya dengan Nasrun selain mengatakan 7 jam sebelum nahas, Nasrun ada post gambar terakhirnya.

Itulah kisah antara Aiman Tino tentang sahabatnya Nasron, yang juga merupakan pemandu kereta berkenaan.