Rossa Sera nikah tahun depan, Shuk dah block Sera

9,826 views

Bekas isteri kepada Shuk Sahar, iaitu Rossa Sera mengesahkan video yang dimuatnaik beberapa hari lalu merupakan majlis pertunangannya. 

Kata Sera, memang benar dirinya kini sudah bergelar tunangan orang, dan video itu bukanlah lakonan atau sebarang iklan. 

Majlis pertunangan di antara Sera dengan jejaka misteri itu berlangsung di rumah bapa saudaranya. 

MEMANG MAJLIS TUNANG 

Ini kenyataan dari Rossa Sera seperti yang dilaporkan oleh portal Metro.  

“Itu bukanlah satu gimik. Sebaliknya ia memang majlis pertunangan.” 

“Orang fikir itu satu gimik kerana wajah saya tak disolek bagaikan orang yang nak bertunang. Tapi sebenarnya ramai yang tak tahu, masa tu kulit wajah saya sedang breakout.” 

Tentang pertunangannya, Sera berkata dia dan pasangan merancang untuk berkahwin pada tahun depan. 

“Dengan izin Nya, jika tiada ada aral melintang, kami akan berkahwin pada tahun depan.” 

“Tapi saya tak nak cerita lebih lanjut tentang tarikh sebagainya, namun memang dah ada tarikh yang kami plan.” 

Tentang tunangnya, Sera berkata, dia dah kenal jejaka berkenaan selama beberapa bulan. 

“Saya kenal dia dah beberapa bulan. Anak-anak semua pun okay dengannya dan dah meluangkan masa bersama.” 

“Harapnya dia akan dapat terima anak-anak saya dan juga family saya.” 

Sehingga kini, identiti tunang Rossa Sera ini masih lagi belum diumumkan. 

Namun ada ura-ura mengatakan, lelaki berkenaan aktif bermain bola sepak. 

Kita tunggu sajalah hari bahagia mereka kelak, untuk tahu siapa gerangan jejaka berkenaan. 

APA REAKSI DARI SHUK 

Sera kemudian ditanya tentang apa reaksi dari bekas suaminya iaitu Shuk Sahar tentang pertunangannya. 

Namun Sera memberitahu, sebenarnya dia dan Shuk sudah tak lagi berhubung. 

“Shuk tak tahu hal ini sebab benda ini dirancang secara tiba-tiba.”  

“Saya pun tak ada contact dia. Dia dah block, sekat WhatsApp dan juga Instagram saya.”  

“Kami dah sekat antara satu sama lain.” 

Itulah jawapan dari Rossa Sera tentang reaksi dari bekas suaminya, Shuk Sahar. 

Diimbas kembali, Rossa Sera dan Shuk Sahar berkawhin pada tahun 2015 namun berpisah pada tahun ini, dan sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan.