Rakan nasyid Inteam puji sikap Suhaimi Saad, berjaya didik anak-anak

14,154 views

Pagi ini, sekitar jam 9 setengah pagi, penyanyi nasyid Suhaimi Saad telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor. 

Semua urusan telah berjalan dengan baik dan lancar. 

Lebih kurang 150 orang telah hadir sebagai jemaah untuk bersama sama solat jenazah buat almarhum Suhaimi Saad. 

Antara yang turut hadir ialah ahli kumpulan nasyid Inteam. 

Salah seorang anggota Inteam iaitu Rahim, 43 tahun, antara yang turut kelihatan.

Rahim telah ditemubual dan memberi kenyataannya tentang almarhum Suhaimi. 

“Solat jenazah dibuat sebanyak dua kali iaitu di hospital kemudian dibawa ke kediaman keluarganya. Syukur sangat ramai yang hadir untuk solat jenazah tadi, sekitar 150 orang.” 

Bercakap tentang pengalaman sebagai kawan kepada Suhaimi Saad, Rahim mengatakan, arwah ni seorang yang baik hati selain amat ceria, lucu serta selalu menghiburkan rakan-rakan.  

“Suhaimi ni seorang yang baik orangnya. Dia selalu menghiburkan semasa kami bersama kumpulan Inteam dan arwah memang amat menceriakan suasana.” 

“Jenakanya bukan pada cakapnya tetapi lebih kepada gaya dan cara dia bercakap termasuk riak wajahnya pun dah boleh buat kita ketawa.”. 

Rahim turut memuji Suhaimi dan mengatakan hasil didikannya, kesemua anak-anaknya mempunyai akhlak yang terpuji dan baik sekali.  

“Jika kita tengok anak-anak arwah, memang sangatlah bagus, mereka semua baik-baik. Arwah memang seorang bapa yang baik dan dah pun berjaya mendidik anak-anak.” 

Semasa pengebumian, lebih kurang 200 orang yang hadir termasuk dua orang anak lelaki Suhaimi Saad iaitu Hadi, 15 tahun dan juga Salman, 13 tahun. 

Majlis tahlil serta bacaan talkin telah diketuai oleh Hasnol Jamal iaitu ahli kumpulan nasyid Diwani. 

Sama-sama kita doakan buat almarhum Suhaimi Saad, dan salam takziah diucapkan buat keluarganya terutama balunya iaitu Ina Naim dan juga empat ornag cahaya mata mereka.