Rumah tangga dah retak? Ini kenyataan dari Noor Nabila

17,330 views

Kakak Neelofa iaitu Noor Nabila kini melalui satu lagi khabar angin dan ura-ura berkenaan rumah tangganya.

Ada yang mendakwa rumah tangga yang didirikan dengan Engku Emran kini sedang dilanda badai. Ini semua kerana, suaminya itu sudah tidak lagi kelihatan di laman Ig miliknya.

Menjawab kata-kata tentang rumah tanggannya kononnya sudah retak, Noor Nabila tampil memberi komen.

Kakak kepada Neelofa ini telah menepis dakwaan berkenaan, dan nafi dirinya dengan Engku Emran mempunyai isu.

Ahli perniagaan berumur 37 tahun ini berkata, dia dan suami sekarang ini memilih untuk tidak terlalu terbuka atau menayang tentang hubungan mereka kepada umum.

“Dia merupakan suami yang amat menjaga privasi dan tak suka nak up sebarang kisah peribadinya.”

“Saya dan dia kini dalam perkahwinan ketiga, oleh itu kami ni agak berhati-hati. Apapun ianya tak de lah bermaksud perkahwinan dah retak.”

“Selagi kami masih ada jodoh ni, hubungan kami berdua akan diteruskan dan orang luar tak perlu nak teka status perkahwinan kami.”

Selain itu, Nabila terpaksa akur dirinya sering menerima tempias popularity yang diraih dari adiknya, Neelofa.

Kehidupan Neelofa, yang pernah merangkul bintang paling popular beberapa tahun dulu, sehingga kini masih jadi tumpuan ramai, dan ini termasuk ahli keluarganya.

“Kadangkala ada juga rasa tak selesa namun begitu situasi ini mungkin disebabkan terpalit dengan status Neelofa, bekas suami saya iaitu Sharnaaz dan anak kami juga Jebat Jayden.”

“Apapun, saya tetap hormati perhatian orang ramai yang nak tahu tentang life saya. Namun, jika saya memilih untuk tak bercerita tentang hal peribadi, mereka pun kena hormatinya.”

Tentang reaksi Engku Emran berkaitan dakwaan rumah tangga sudah retak, Nabila berkata, suami itu tak ambil pusing.

“Dia tak komen dan seperti tiada perasaan melihat semua komen tersebut. Kami juga tak pernah bincang bersama tentang hal tersebut.”

Itulah kenyataan Noor Nabila tentang perkahwinannya dengan Engku Emran seperti yang dilaporkan portal Kosmo.