Dah kenapa Fizi Ali naik angin dengan bekas isteri, Shakilla Khoriri

4,165 views

Hari ini, penyampai radio terkenal, Fizi Ali telah menulis dan meluahkan rasa yang terbuku duhatinya menerusi dua posting di Instagram Stories.

Posting berkenaan ternyata mengundang tanda tanya dari para followernya, apa agaknya yang berlaku kepada Fizi Ali.

Jika dilihat dan dibaca, posting tersebut dilihat telah ditujukan kepada bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri.

Fizi Ali menulis mengatakan bekas isterinya, Shakilla Khoriri telah mencabar tahap kesabarannya.

Sejak berpisah beberapa bulan yang lalu, Fizi, memberitahu dia telah jaga aib bekas isterinya itu.

Akan tetapi, Fizi ada menulis, kelakuan bekas isterinya kini telah melampau.

“Aku ni menghormati kau sebelum ni sebab kau tu ibu kepada anak aku dan kita pun pernah bersama sebagai suami isteri.”

“Memang aku tak nak buka mulut kerana aku nak jaga aib kau. Tapi engkau ni dah makin lama makin melampau. Sabar ada tahapnya. Rasanya sabar ni semakin lama semakin nipis dah ni.”

Fizi Ali kemudian memberitahu, hidupnya kini hilang segalanya, dan semuanya kerana bekas isterinya itu.

“Hidup aku sekarang ni dah jahnam. Aku hilang semua benda. Ini semua kerana kau. Takkan tak sedar lagi. Sekarang engkau ni memang saja nak cari pasal lagi ke dengan aku.”

Fizi Ali juga ada menulis tentang jangan cuba nak menguji tahap kesabarannya.

“Sabar itu ada tahapnya. Jangan nak bagi tahap kesabaran tu sampai hilang.” Itu yang diluahkan dari Fizi Ali.

Sehingga kini, tiada lagi luahan lain dari Fizi Ali mahupun dari pihak Shakilla Khoriri tentang isu ini. Ramai yang nak apa dah jadi pula kali ini.

Kita tunggu penjelasan dari tuan punya badan sama ada dari Fizi Ali mahupun dari Shakilla Khoriri kelak.