Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba wujud pula cerita tentang pasangan selebriti Mizz Nina, 40 tahun, dan juga suaminya Noh, vokalis kumpulan Hujan.
Menerusi beberapa laporan dari pihak media, dikatakan bahawa perkahwinan pasangan yang sudah berhijrah ini, kini sedang diuji.
Menjawab pertanyaan dari pihak media, Noh Hujan, 37 tahun, tampil memberi kenyataannya.
Jelas Noh, dia pun baru saja tahu tentang isu ini, dan berkata semua itu tidak benar.
“Entahlah, saya tiada komen lah benda ni. Korang semua dah kena tipu ni, good luck lah. Saya pun baru tahu hari ini, itu pun management saya beritahu hari ini. Ada eh benda ni.”
Kata Noh Hujan, semua berita yang timbul itu memang tidak betul sama sekali.
“Itu semua tak betul lah korang ni.” Kata Noh Hujan.
Apabila ditanya bahawa kehadiran anak sepatutnya merapatkan hubungan, tetapi tiba-tiba muncul cerita ini, Noh berkata pihak media mungkin dah ketandusan cerita.
“Entahlah, korang dah ketandusan cerita kot. Media kita kan suka dengan kisah peribadi berbanding, pasal lagu atau apa yang saya kerjakan. Saya paham kelemahan media kita. Dia lebih suka fokus benda yang merepek dari apa yang artist tu buat. Bagi saya biasalah dorang ni.”
Tentang anak, Noh Hujan menyatakan, dia memang fokus kepada anaknya.
“Apabila dah ada anak ni, sayang itu di tahap berbeza. Saya pun baru saja sedar tentang perkara itu. Kini memang lebih fokus terhadap kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali, anak kami akan dibawa untuk check up.”
Diimbas kembali, Noh dan Mizz Nina mengambil angkat bernama Musa yang kini sudah berusia tujuh bulan. Noh Hujan dan Mizz Nina berkahwin pada tahun 2011, dan tiada anak sendiri, belum ada rezeki.