“Kalau salah humban dalam jel” Komen terbaru Afdlin Shauki tentang Rizal Van Geyzel

7,506 views

Semalam Datuk Afdlin Shauki telah ditemubual oleh Amin Idris secara online. Ini ada kaitan dengan komen serta kenyataan Afdlin Shauki tentang kelab komedi yang telah ditutup baru-baru ini kerana isu yang menjadi tular.

Amin Idris ada tanya soalan tentang Rizal Van Geyzel, yang juga antara ornag kuat kelab komedi berkenaan, dan bagi Afdlin, dia pun sebenarnya setuju diambil tindakan.

“Sekiranya mereka ni ada salahnya, boleh saja humban dalam jel. Saya sebenarnya pun tak tahu menahu tentang konten dia ni. Dulu memang dia pernah bekerja dengan saya, ketika zaman saya buat rancangan Ahha.”

“Ketika itu dia baru start. Dan saya tak tahu bila masa dia buka kelab komedi ini. Saya cakap satu benda saja, untuk semua pelawak, kau dah buat, kau kena berani tanggung.”

“Jikalau didapati bersalah, akan di ambil tindakan. Kalau tak salah, semua tu terserah pada pihak mahkamah.”

Kemudian Afdlin Shauki mendedahkan dia tak ada kepentingan di kelab tersebut dan baru saja dua kali menjejakkan ke kelab berkenaan.

“First time saya datang, dengan Datuk Seri Aliff Syukri, dia nak belajar buat stand up. Lepas tu sekali lagi untuk menonton satu show kawan saya.”

“Masa tu memang tak ada konten yang perlekeh orang. Dulu saya pun ada restoran dengan konsep komedi yang halal di sebuah kompleks membeli belah. Ia untuk family.”

“Dan kelab ni, saya tiada share satu sen. Pendirian saya tu hanya mengenang nasib adik-adik yang cari rezeki ini. Saya lihat periuk nasi orang lain. Saya pun tak buat show kat kelab tersebut.”

Itulah penjelasan dari Datuk Afdlin Shauki tentang kenyataannya tentang kelab komedi tersebut, yang mana sebelum ini mendapat reaksi kurang senang dari netizen termasuk rakannya Shahrol Shiro.