Rumahtangga runtuh, Sharifah Sakinah dah berpisah dengan suami

3,627 views

Pelakon popular Sharifah Sakinah buat satu pengesahan secara rasmi pada hari ini iaitu perkahwinannya dengan seorang pilot, Aliff Adha, telahpun runtuh sejak bulan Mei yang lepas.

Sharifah Sakinah telah mengakui bahawa dirinya,dan Aliff Adha dah pun tidak lagi tinggal sebumbung bermulanya bulan Mac lepas dan kemudian ambil keputuasn untuk berpisah dua bulan kemudian, pada bulan Mei.

Ini kenyataan dari tuan punya badan tentang hal rumah tangganya.

“Kami berpisah secara rasmi pada bulan Mei yang lalu. Namun begitu kami berdua berpisah dengan cara yang baik. Keputusan kami ini kena juga ambil kira hal anak kami bersama iaitu Anais Adha yang kini berumur tiga tahun”

Dalam pada itu, hal tentang kisah rumah tangga pasangan ini mula bertebaran setelah ada yang ternampak kononnya Aliff Adha ada guna aplikasi untuk bersosial di laman media, dan ini mula cetuskan tanda Tanya dari kalangan entizen tentang hubungan mereka sebagai suami isteri.

Apabila Sakinah ditanya tentang kenapa mereak ambil keputusan untuk berpisah, Sharifah Sakinah tampil menafikan ianya berpunca dari pihak ketiga.

Ini yang diungkapkan oleh Sharifah Sakinah apabila ditanya soalan berkenaan.

“Saya tak boleh jadi seorang isteri yang baik. Memang saya sedar akan kekurangan diri saya ni. Soal dia nak guna aplikasi untuk cari pasangan atau dating, itu merupakan haknya. Suka hati dia nak buat apa, saya dah tidak masuk campur lagi.

“Selebihnya, biar diri saya ni dan juga diri dia bahagia dengan cara yang dipilih sendiri, itu yang terbaik buat kami berdua”.

Itulah penjelasan dan kenyataan dari Sharifah Sakinah tentang perkahwinannya. Semuanya kini telah terjawab.

Untuk info semua, Sharifah Sakinah dan Aliff Adha telah bernikah pada bulan Mac tahun 2018.

Baru-baru ini, memang banyak isu yang melanda Sharifah Sakinah terutama gambar yang diupload di laman media sosial, yang menjadi bahan percakapan netizen.