Sihir buatan orang, Shuib takut, bersedia dengan hasad dengki orang

2,942 views

Nama pelawak Shuib dari kumpulan terkenal Sepahtu semakin meniti di bibir para peminatnya. Bukan sahaja hebat menerusi bakat sebagai anak seni, Shuib kini dah berjaya dalam bidang perniagaan.

Pernah menceburi banyak cadang dan bidang perniagaan seperti dobi, madu, Shuib kini masuk ke perniagaan minuman bubble tea madu miliknya yang sedang berkembang.

Kalau dah maju, sudah tentu seseorang itu sering dicemburui oleh pihak tertentu. Dek kerana itu, Shuib sentiasa berjaga-jaga dan selalu waspada dan beringat tentang hal ghaib seperti ini.  

Shuib sering bersiap sedia dan jaga diri serta keluarga dari perkara yang tak baik seperti buatan orang, guna-guna dan bomoh ini.

Katanya, dia akan amalkan ayat suci quran sebelum tidur untuk menangkis ancaman yang munkin terbit dari individ uyang ada psangan hasrat dengki kepadanya. Ini komennya

“Mandreem, kalau ikutkan itulah yg sy takutkan namun ketika ini dengan izin nya, insyaallah tak adalah dan kita harap serta minta perkara ini dijauhkan.

“Saya selalu mengingati sebelum nak tidur, memang paham sgt dalam dunia perniagaan ini pasti akan ada orang rasa tak puas hati dan mulalah ada nya hasad dengki.

“Namun, saya dah sedia ttg hal macam ni, walaupun memanglah kita tak nak dan tak minta orang hantar benda bukan-bukan pada saya dan family. Minta simpanglah dan dijauhkan”

Tentang perniagaan minuman bubble tea madu miliknya, Shuib dah buka beberapa cawangan di Kuala Lumpur termasuklah satu darinya yang dibuka oleh Sharnaaz.

Kini Shuib turut rancang nak kembangkan cawangan lain ke negeri lain termasuk di utara dan selatan, kalau boleh sudah tentu ke semua Malaysia.

“Pihak bekerjasama dengan beberapa orang artis untuk buka cawangan lain.Antara yang ada jumpa dan bincang termasuklah Achey, Fad, Ray penyampai radio, Shaheizy Sam dan juga Nabil Ahmad”

Kedai minuman jenama Bubble Bee oleh Shuib kini mendapat perhatian oleh ramai orang dan kalau dilihat, apabila satu cawangan itu baru dibuka, memang ramai peminat yang serbu.