“Ibu ada di rumah ni, kita tak nampak” Anak rindu sangat arwah Siti Sarah

6,148 views

Anak mana yang tak rindu setelah ibu disahkan sudah tiada lagi di dunia ini, sudah pergi buat selamanya. Apatah lagi anak yang masih kecil dan bergantung harap kepada kasih ibu.

Tak dapat digambarkan perasaan anak-anak Shuib setelah baru mengetahui berita bahawa ibunya Siti Sarah, sudahpun meninggal dunia dan tak akan berjumpa lagi di dunia ini.

Shuib ada muatnaik video anak-anaknya yang sedang sedih dan amat merindui ibunya itu.

Memang ibu ada di rumah ni, namun kita tak boleh nak nampak. Tapi, Talita rindu dia.” Itu luahan dari anak kedua mereka Dzahira Talita Zahra, yang berumur 8 tahun.

Video berkenaan menunjukkan Shuib dan anak-anak baru saja selesai mengerjakan solat isyak dan kemudian mengalirkan air mata bersama-sama.

Shuib berkata, selagi dia ada, dia akan jaga anak-anak dengan sehabis baik.

Jangan sedih-sedih ye anak-anak. Daddy ada ni. Selagi daddy hidup, daddy akan pastikan anak daddy semua ni akan jadi anak-anak yang hebat belaka. Akan jadi anak yang soleh dan solehah.

Kelihatan juga anak sulung, Uwais Alqarni yang berumur 10 tahun turut mengalirkan air mata.

Ini komen Shuib kepada anak sulungnya itu: “Macam Uwais ni macam muka ibu. Daddy kalau rindu ibu, akan tengok wajah Uwais.

Memang ramai yang berkata bahawa wajah anak sulungnya itu memang mirip dengan wajah arwah Siti Sarah. Selain Uqais dan Talita, anak ketiha iaitu Ariq Martin dilihat hanya tenang saja.

Siti Sarah dan Shuib telah menerima kehadiran baby bongsu yang diberi nama Ayash Affan yang dilahiran oleh arwah secara pembedahan hari Jumaat lalu.

Ayash Affan yang belum cukup bulan kini dalam pemantauan di hospital dan dikhabarkan dalam keadaan baik serta stabil.