“Musnahlah karier aku, tolong..” Nabila Huda

10,205 views

Pelakon terkenal Nabila Huda atau Abil membuat satu pengakuan yang amat jujur yang mana dia kini dah semakin sukar untuk nak ingat sesuatu.

Melalui satu posting, pelakon berumur 37 tahun ini mendedahkan dirinya amat risau dengan perkara tersebut.

Bukan saja sukar nak ingat sesuatu, malahan dia juga sering lupa, seperti lupa letak sesuatu barang di mana.

Walau nampak macam remeh dan kelakar, namun bagi Nabila Huda, hal ini amat serius, malah dia pun khuatir sukar nak ingat skrip.

“Tolong sekarang ni dah tak ingat dialog atau skrip, habislah karier aku.” Itu antara rayuan Nabila Huda.

Hal ini sekaligus boleh menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon yang perlu nak ingat begitu banyak skrip.

“Saya rasakan otak saya n imacam dah rosaklah. Sekarang ni meamng saya rasa susah sangat nak ingat sesuatu dan amat cepat sangat untuk lupa.”

“Macam letak pone kat mana dah tak ingat. Lepas tu nak cakap apa pun dah terlupa. Nampak ianya macam makin teruk pula.”

Nabila Huda berpendapat dia dah terlalu berumur untuk makan kismis yang seringkali dikaitkan untuk menguatkan minda seseorang.

“Sekarang ni nak mula makan kismis rasanya macam sudah terlambat. Sesiapa tahu ke apa makanan tambahan yang baik untuk pulih otak dan ingatan ni.”

Pelakon yang juga anak kepada Amy Search ini berkata nampak hal ini macam lawak tetapi dia memang amat serius.

“Dengar ni macam kelakar kan tetapi memang kali ini serius. Takut jika cepat lupa ni, sampaikan saya dah tak boleh ingat skrip atau dialog saya. Habislah, boleh musnahlah karier saya, tolong saya.”

Itu luahan dari Nabila Huda tentang kes pelupa ini.

Tak laman kemudian, Nabila Huda ada menulis kembali bahawa ramai yang memberi tips untuk kuatkan minda.

Dan pelakon ini memilih satu cara untuk try dulu iaitu dengan mengamalkan makan kurma, fiq, olive serta minum air zamzam.

Apapun, semoga yang baik saja buat Nabila Huda, semoga ingatan akan kembali kuat dan minda menjadi lebih baik selepas ini.