“Terdesak, nyawa-nyawa ikan” Fendy Caliph Busker tak dapat bayar sewa rumah

1,437 views

Satu cabaran buat drummer kumpulan Caliph Buskers, Fendy kerana amat terkesan dengan perintah kawalan pergerakkan yang berlangsung ketika ini.

Fendy yang kini berumur 30 tahun, akui sudah bergitu terdesak dan dah guna hampir semua wang simpanannya demi menampung kehidupan dirinya dan seornag anak perempuan.

Jelasnya memang keadaan sekarang boleh diibaratkan nyawa-nyawa ikan saja.

Sudah hampir tiga bulan saya ni umpama nyawa-nyawa ikan. Dah hujung-hujung kerana amat terdesak. Duit simpanan hampir habis, sebenarnya dah setahun saya survive hanya guna wang simpanan.

Akhirnya saya rasa tak boleh dan harus buat sesuatu. Sebab tu saya buat video untuk buat persembahan dan terima bantuan.

Fendy meminta bantuan kerana tak mampu bayar sewa rumah dan jika boleh mahu duduk di rumah murah seperti PPR.

Masalah yang dialami oleh Fendy Caliph Busker ini akhirnya mendapat perhatian orang ramai termasuk pihak menteri.

Menteri Datuk Seri Rina Harun dan Timbalan Menteri Wan Ahmad Faysal telah datang melawat keadaan Fendy.

Saya ada rancang kalau tak boleh nak survive kemungkinan saya kena balik kampung di Perak. Sekiranya tiada bantuan, bulan depan adalah bulan terakhir saya duduk di rumah ni sebab tak boleh bayar. Saya duduk sini berdua dengan anak.

Syukur bab makanan memang tak terputus namun saya ada masalah untuk membayar sewa rumah dan bil lain.

Fendy meluahkan rasa syukur kerana menerima bantuan sehinggakan pihak menteri turun padang.

Syukur alhamdulillah sangat, saya minta bantuan semalam hari ini telah sampai. Saya nak ucap terima kasih pada semua yang menolong. Macam hari raya saya rasa. Antara sumbangan ialah makanan dan banyak lagi. Ini seperti mimpi jadi kenyataan.”

Mereka juga memberitahu akan cuba dapatkan rumah mampu milik untuk saya diami memandangkan sewa rumah rumah saya sekarang RM1300 sebulan.

Saya akan terus buat persembahan busking secara online di Facebook untuk cari rezeki dan dapatkan sumbangan.

Fendy pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lagi anggota Caliph Buskers iaitu Nadira pada 3 Mei 2014 dan mempunyai seorang cahaya mata. Mereka telah berpisah pada 2018. Fendy kini tinggal dengan anaknya Nur Azalea Zafirah yang berumur 6 tahun.