“Hanya disebabkan buah epal”

2,766 views

Pachara Apin bercerita detik-detik pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang tiga tahun berkahwin dengan pelakon terkenal, Afiq Muiz. 

Menerusi satu laporan dari portal Gempak, wanita berasal dari Sabah ini menedahkan Afiq Muiz, iaitu bekas suaminya, selalu bertindak di luar batasan. 

Antara insiden yang pernah berlaku ialah, Pachara mendakwa jarinya pernah patah gara-gara perbuatan Afiq Muiz. 

Pachara Apin memberitahu, puncanya hanyalah kerana dia menegur Afiq Muiz yang meletakkan buah epal di dalam fridge. 

“Ketika insiden itu, saya telah menegur Afiq yang letak buah epal dalam peti sejuk, namun ianya menjadi isu sampaikan buat dia jadi naik angin.” 

“Dia naik angin dan terus menampar saya. Kemudiannya dia menolak kepala saya ke dinding, mencekik leher kemudian jari manis saya telah patah.” 

Kata Pachara Apin lagi, perselisihan faham itu mula tercetus sebelum itu lagi, yang mana Afiq Muiz didakwa rasa cemburu setelah Pachara menerima tawaran sebagai pramugari.  

“Sebenarnya insiden itu merupakan rentetan selepas dia rasa cemburu setelah dapat tahu yang saya akan terbang dan bertugas sebagai pramugari ke luar negara selama dua minggu.” 

Jelas Pachara Apin, memang dia dah tahu perangai naik angin dan baran Afiq Muiz sebelum mereka berkahwin lagi. 

“Sebenarnya sebelum kahwin dia pun ada bertindak macam tu, tapi dia kata kena rasuk. Kemudian dia ada janji tidak akan ulangnya setelah berkahwin.”  

“Ternyata tak seperti yang dijanjikan, malahan ianya bertambah teruk, saya telah ditumbuk, diterajang hanya hal yang kecil.”  

“Apabila saya pulang ke rumah, saya selalu berdoa agar tak kena pukul dengan Afiq.” 

Pachara Apin akui ada buat report polis tahun lalu, namun tarik semula kerana kesian melihat Afiq setelah ditahan di lokap. 

“Saya pernah report polis dan dia ditahan di lokap selama tiga hari. Tetapi sebab rasa kesian, saya tarik semula report berkenaan.”  

“Ingat dia dah bebas dia akan ucap terima kasih tetapi tidak ada pun, malahan dia pula buat tuduhan pada saya.” 

Itulah kenyataan dari Pachara Apin tentang kesnya dengan Afiq Muiz.