Banyak kisah yang menyelubungi bekas pemain bola sepak yang juga lagenda iaitu Datuk Zainal Abidin Hasan dengan penyanyi Fyna Jebat.
Kisah mereka bermula apabila Fyna berkahwin sebagai isteri kedua kepada Zainal Abidin dan terdapat beberapa insiden dengan isteri pertaman pemain bola sepak tersebut.
Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, sebelum ini dikatakan telah pun berpisah dengan Zainal Abidin.
Dalam perkembangan terkini, ada pula foto yang telah tular yang mana telah memperlihatkan Zainal Abidin sedang makan bersama dengan Fyna Jebat.
Ini membuatkan pelbagai spekulasi tentang kisah mereka berdua, apakah status mereka sebenarnya?
Menerusi laporan dari portal Kosmo, pihak media ada menghubungi Fyna Jebat.
Apabila ditanya tentang hal ini, Fyna dilihat tak mahu memberi sebarang ulasan lanjut.
“No, no, no! Tak, tak, saya tak ada mahu cakap apa-apa. Saya mohon semua faham.”
“Terima kasih kerana menelefon tetapi adalah lebih baik saya tak beri sebarang kenyataan.”
Penyanyi berumur 30 tahun yang juga adik kepada Ayda Jebat ini berharap orang ramai fahami keadaanya dan mengambil pendirian untuk berdiam diri tentang kisah peribadinya.
Dari laporan Kosmo juga, ada individu yang dikatakan rapat dengan Zainal Abidin mengatakan bahawa mereka berdua belum berpisah dan masih bersama.
Ini dikuatkan lagi dengan tersebarnya foto antara pasangan ini yang sedang bersarapan bersama di sebuah kedai makan di Damansara.
Video mereka bersarapan itu juga dimuatnaik oleh satu akaun menggunakan nama Hibglam.
Sehingga kini, video berkenaan mendapat tontonan hampir 400ribu kali.
Diimbas kembali, berita perpisahan antara Zainal Abidin dan Fyna mula dihebahkan sekitar awal bulan tahun ini melalui kenyataan anak Zainal Abidin dan juga saudara Zainal.
Datuk Zainal Abidin sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertamanya, Datin Zalina Zaini pada tahun 1980 dan mempunyai tiga orang anak dan beberapa orang cucu.