“Saya mudah terasa” Janna Nick tak boleh kalau Dini bersuara tinggi

1,152 views

Dramatis Janna Nick, 28 tahun, kini sedang berbahagia di sisi suami tercinta iaitu Dini Schatzmann, 29 tahun. 

Pasangan ini juga acapkali tayang kemesraan mereka kepada umum menerusi hantaran di laman media milik mereka. 

Yang terbaru, Janna ada muat naik satu video sedang menjamu selera bersama Dini di sebuah restaurant sushi. 

Di video berkenaan, Janna akan memberitahu bahawa dia memang tak dapat terima jika Dini bercakap dengan suara atau nada yang tinggi dan kasar. 

Janna akui mempunyai hati yang perasaan yang terlalu sensitive.  

“Sebenarnya dulu Dini taklah cakap dengan nada lembut sangat atau soft spoken.”  

“Saya ni memang tak boleh dengan orang yang cakap dalam nada kasar atau bersuara tinggi ni.” 

“Lama-lama dia pun dah terbiasa cakap lembut, soft tone macam ni dengan saya. Kalau dia cakap kasar saya akan mudah terasa yang dia ni macam seorang yang panas baran.”  

Tambah Janna, dirinya bukanlah mengada-ngada tetapi dia lebih selesa dengan keadaan itu.  

“Kalau sekarang, kalau tiba-tiba saya pula yang tertinggi suara, dia pun akan jadi sensitif dan terasa.”  

“Jadinya, kini kami dah lebih selesa berkomunikasi dan cakap macam gini.” 

“Bukanlah sengaja nak mengada-ngada berbual manja tapi inilah diri saya.” 

“Kalau dulu saya tak ada memori pada zaman kecil, oleh itu sekarang saya nak cipta balik dengan Dini. 

“Tak buat-buat, ini dah natural.” 

Dini juga ada berkata, pasangan suami isteri perlu berkomunikasi dengan penuh rasa hormat antara satu sama lain. 

“Talk with respect with each other.” Kata Dini yang duduk di sebelah Janna. 

Ini video penuh dari Janna Nick. 

Dini Schatzwann dan Janna Nick bernikah pada bulan Jun tahun 2023 di Langkawi, Kedah.