Pasangan selebriti Aiman Hakim dan juga Zahirah Macwilson telah pun selamat menimang cahaya mata kedua mereka, seorang anak perempuan.
Zahirah telah melahirkan anak keduanya di Perth, Australia pada hari Jumaat lepas, sekitar jam 8:58 malam.
Mereka berdua memilih menyambut kelahiran anak keduanya itu di Australia kerana ibu Zahirah kini menetap di sana.
Anak pertama mereka iaitu Isaac Raees juga sebelum ini lahir di sana.
Baby kedua ini diberi nama yang cukup indah iaitu Inara Raisa.
Nama Inara bermaksud bercahaya, dan pintar manakala Raisa pula bermaksud, puteri, ketua ataupun bunga.
Pasangan ini mengumumkan khabar gembira berkenaan di laman Instagram, dengan memaparkan wajah anak keduanya itu.
“Syukur alhamdulillah, family kami kini lengkap menjadi empat orang.”
“Meraikan kehadiran puteri kami, Inara Raisa yang selamat dilahirkan pada Jumaat lalu 31 Mei pada jam 8:58 malam.
“Terima kasih diucapkan di atas semua doa dan ucapan. Kami amat bersyukur.”
“Semoga Allah akan lindungi serta limpahkan dengan keberkatan, Inara.”
Dalam pada itu Aiman Hakim Ridza, 36 tahun, ada menulis bahawa dia memang impikan anak perempuan dan ternyata doanya dimakbulkan.
“Saya memang mahu anak perempuan, dan syukur saya menerima seorang puteri.” Tulis Aiman.
Zahirah, 30 tahun, kini telah pun keluar dari hospital, di hari kedua selepas melahirkan anaknya itu.
Kini Zahirah sedang berehat dan dijaga di rumah oleh ibunya.
Ini beberapa keping foto Inara Raisa.
Foto selepas bersalin.
Tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia ini dengan kehadiran Inara Raisa, semoga segala urusan dipermudahkan, selamat berpantang buat Zahirah.
Untuk info, Zahirah Macwilson dan juga Aiman Hakim Ridza telah berkahwin pada bulan Februari tahun 2020, dan mereka mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Isaac Raees, kini berumur 3 tahun.