“Saya percaya ada sesuatu membuatkan Lan bertindak seperti itu” – Saiful Apek

3,410 views

Saiful Apek memberi pendapatnya tentang satu kejadian yang sedang viral beberapi hari kebelakangan ini melibatkan rakannya iaitu Lan Pet Pet.

Pelawak yang terkenal dengan tag line gitu-gitu ini percaya bahwa ada sesuatu terjadi yang menyebabkan Lan Pet Pet bertindak sedemikian.

Sepanjang mengenali Lan Pet Pet, Saiful Apek memberitahu Lan bukanlah orang yang mudah melenting. Ini komennya kepada Harian Metro.

“Saya rasa ada sesuatu yang terjadi kepadanya sampai dia jadi luar kawalan. Contohnya saya pun pernah diberi dengan kata-kata tak elok oleh haters, namun saya dapat kawal keadaan, itu mungkin kekuatan saya. Ia cara setiap orang untuk atasi keadaan tekanan.”

“Bagi saya ianya fitrah manusia, buat perkara yang khilaf. Namun kami adik-beradik Senario tak pernah nak judge sesama sendiri.”

“Tentang kejadian tu, saya tahu pun lepas ada orang lain certia. Tapi saya tak hubungi Lan kerana saya kenal sahabat saya tu. Berilah Lan ruang, kita tak tahu apa yang dia sedang lalui.”

“Saya cakap macam ni bukan sebab nak sebelahkan kawan, akan tetapi sebagai orang luar kita tak perlu lah nak campur tangan atau senang sangat nak jatuh hukum.”

“Anggota kumpulan Senario ni sudah macam keluarga. Dari dulu lagi kalau salah seorang ahli Senario ada isu, anggota yang lain akan biar keadaan reda dulu. Kami akan tunggu masa yang sesuai untuk cakap tentang hal berkenaan.”

Sehingga kini, Lan Pet Pet masih tidak ada membuat sebarang kenyataan. Malah Lan turut tidak memberi jawapan dari pihak media yang menghubunginya.

Pihak polis juga telah mengesahkan hal berkenaan dan berkata Lan Pet Pet telah membuat laporan polis tentang kejadian terbabit. Polis meminta lelaki yang juga penghantar makanan itu tampil ke balai polis untuk beri keterangan.