“Saya tegur dia, tapi saya pula yang kena provokasi” Ini penjelasan Lan Pet Pet

2,769 views

Sebuah video Lan Pet Pet sedang berkelahi menjadi viral sejak semalam. Akhirnya hari ini pelawak berumur 52 tahun ini telah tampil memberi penjelasan tentang apa yang terjadi.

Sebelum kejadian itu, Lan Pet Pet sedang memandu kereta di Jalan Ampang, berdekatan Kedutaan Rusia.

Kemudian, Lan Pet Pet ternampak lelaki yang juga rider penghantar makanan terbabit sedang menunggang motosikal sambil guna telefon bimbit.

Malah lebih membahayakan, kedudukan motosikal lelaki berkenaan dilihat berada di tengah-tengah jalan raya.

Melihat perbuatan bahaya rider berkenaan, Lan Pet Pet telah tegur namun menerima provokasi sebelum dia naik angin.

Saya mula-mula tegur pemuda berkenaan. Perbuatannya tu amat merbahaya. Bukan saja boleh pada dirinya, malah boleh kena pada pengguna jalan raya lain.

Namun, lepas tegur, lain pula yang berlaku apabila saya pula kena maki dan kena provokasi. Saya ni manusia biasa, ada batas sabar saya. Takkan saya nak biar saja bila kena macam tu.

Tindakan saya tu hanya pertahankan diri, bukanlah nak tunjuk macam samseng. Sebenarnya kami berkelahi tu beberapa saat saja.

Rakaman video selama 23 saat tersebar yang dirakam seorang pemandu kereta, menunjukkan Lan merangkul dan melepaskan tumbukan ke atas seorang pemuda.

Lan Pet Pet juga akui dia dah pun melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Saya buat report polis kepada wanita dalam sebuah kereta yang telah rakam dan sebarkan video yang viral itu.

Tindakan wanita ini amat saya kesalkan sebab dia hanya tengok dan tak tahu apa punca kejadian sebenar. Kemduian, dikatakan wanita ini dah sebarkan video melalui WhatsApp.

Tak patut dia nak buka aib orang sesuka hati. Tindakannya sebar video seperti tu boleh mendatangkan fitnah.

Tentang rider berkenaan, Lan pet Pet nak bersemuka dengannya untuk selesaikan hal terbabit.

Saya nak jumpa bersemuka dengannya kat balai polis, nak selesaikan kes ini, tak nak lah ianya terus berpanjangan. Elok kami leraikan kekusutan ini, hari raya pun dah dekat.