“Saya sakit sangat” Sajat sedang sakit cancer

4,088 views

Ahli perniagaan yang penuh dengan pelbagai isu iaitu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali dengan nama Nur Sajat telah membuat satu pengakuan terbaru. 

Kali ini berkenaan kesihatannya pula. 

Menerusi satu video ringkas, Sajat mendedahkan dirinya kini sedang sakit barah atau pun cancer. 

Pengakuan dari Sajat ini ternyata mengejutkan para pengikutnya. 

Sajat yang kini menetap di Australia, berkata sedemikian dalam satu sesi live ketika berbual bersama para pengikutnya. 

Katanya, ketika ini dirinya sedang sakit dan mengakui mempunyai cancer. 

“Sebenarnya saya ni sakit awak. Saya ada cancer. Sakit sangat.” 

Sajat kemudian ada mengatakan dia meminta maaf jika ada tersalah sebelum ini. 

“Kalau saya tak sempat nak minta maaf sebelum ni, saya mohon maaf la ye.” 

“Sakit wak kita ni, sakit sangat. Saya sedang menunggu ajal je.” 

Sementara itu, kata Sajay lagi, walaupun sedang menderita cancer, dirinya tak pernah mengganggu sesiapapun apatah lagi mahu orang lain bersedih. 

“Walaupun saya ni ada cancer, saya tak kacau sesiapa pun.” 

“Korang tak perlulah nak bersedih pun, selagi saya boleh berhibur, saya akan berseronok.” 

“Kalau tiba-tiba saya ni senyap je, maknanya saya dah tiada.” 

Itu ayat terakhir dari Sajat yang kemudian dilihat sedih dan mengalirkan air matanya. 

Sehingga kini pelbagai komen yang diterima dari Sajat sejak menceritakan sakitnya itu. 

Rata-rata orang ramai mula meminta kemaafan dari Sajat di atas komen yang kurnag baik pernah dilemparkan kepada usahawan berkenaan. 

Ada juga yang meminta Sajat bersabar dan terus kembali ke jalan yang benar kerana sakit itu merupakan satu ingatan buat dirinya.

Sehingga kini, masih belum lagi ada sebarang kenyataan dari Sajat tentang apakah jenis cancer yang dialami olehnya. 

Sajat kini masih lagi berada di Australia setelah lari ke negara berkenaan daripada didakwa di Malaysia.